,
Berita

Tok Ram Kata Farawahida Nyanyi Sumbang, Ini Penjelasan Tuan Punya Badan

Amri Hassan
05/11/2018
06:17 MYT
Penyanyi Farawahida mengakui tugasan untuk menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta milik penyanyi asal Datuk Seri Rossa bukannya mudah.
Kata Farawahida, dia lebih berhati-hati pada bahagian awal lagu hingga gagal menyelamatkan beberapa bahagian terakhir lagu tersebut ketika konsert suku akhir GV5 malam tadi.
Natijahnya, penyanyi bersuara lunak itu tersingkir sebelum mara ke separuh akhir GV5 minggu hadapan.
"Saya akui lagu ini sangat susah, apabila mendapat lagu yang menuntut saya menyalurkan emosi secara lembut dan halus ini menjadi cabaran besar bagi saya.
"Kerana itulah saya berhati-hati pada bahagian awal lagu, namun banyak buat salah pada bahagian belakang pula.
"Apapun, saya percaya pada rezeki. Dapat berada di GV5 pun sudah sangat syukur sebab ramai yang mahu menyertai GV setiap tahun.
"Adat bertanding, ada rezeki adalah," katanya kepada Gempak sekali gus menjawab komen juri utama, Datuk Ramli MS mengenai nyanyian sumbangnya malam tadi.
Minggu suku akhir menyaksikan Amelina kembali berada di kedudukan teratas diikuti Billy Zulkarnain dan Zamani.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

gempak
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Masked Singer 2022

TMSMY3: Bertih Jagung Memang Zizi Kirana! Alamak Netizen Rupanya Dah Jangka Tersingkir - “Ala Suara Out Sikit”

gempak
17/02/2023
16:02 MYT
Tak ada rezeki Zizi Kirana.
Laman Utama

“Orang Kata Kak Long Muka-Muka Tak Sesuai Dangdut” – Amelina Rindu Nak Buat Persembahan

gempak
22/10/2021
07:32 MYT
Rindu pula nak tengok Kak Long perform!
Laman Utama

#OhAbeNik: Seri Baju Kurung! Selain Dr. Amalina, Ini Selebriti Yang Mengenakan Baju Tradisional Ketika Bernikah

gempak
03/04/2021
09:50 MYT
Cantik-cantik semua!
Laman Utama

“Tak Perlu Ungkit Kisah Lama” - Setahun Bercerai, Farawahida Kini Isteri Orang... Cinta Berputik Di Gelanggang Badminton!

gempak
20/03/2021
13:18 MYT
Tutup buku lama
Unitar