Skip to main content

Antarabangsa

‘Toyol’, ‘Pocong’ Tunggang Motosikal Secara Berbahaya

Astrogempak Tuyul

Sekilas

  • Tiga lelaki berpakaian seperti toyol dan pocong menunggang motosikal secara berbahaya di pusat bandar Lubuklinggau, Sumatera Selatan, tular di media sosial.
  • Polis Lubuklinggau menegaskan tindakan mereka melanggar peraturan lalu lintas dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
  • Orang ramai diminta melaporkan kejadian serupa kepada pihak polis dan tidak terpengaruh menghasilkan kandungan berbahaya demi keselamatan bersama.
Advertisement

Tular satu video di media sosial yang memaparkan tiga lelaki yang berpakaian seperti toyol dan pocong sedang merayau dengan menunggang motosikal secara berbahaya di pusat bandar Lubuklinggau di Sumatera Selatan, lapor portal berita detik sumbangsel.

Dalam video yang tular itu, kelihatan dua individu memakai kostum seperti toyol manakala seorang lagi berpakaian seperti pocong. 

Advertisement

Ketiga-tiga mereka menunggang sebuah motosikal dan mengelilingi pusat bandar. 

Tindakan mereka itu juga telah menarik perhatian orang ramai.

Mengulas  kejadian itu, Ketua Bahagian Lalu Lintas,  Polis Lubuklinggau, AKP Desi Azhari menegaskan bahawa tindakan ketiga-tiga individu tersebut telah melanggar peraturan lalu lintas serta membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian serupa pada masa akan datang agar segera melaporkannya kepada pihak polis.

“Jika berlaku apa-apa atau kejadian seumpama itu lagi, segera laporkan kepada pegawai berhampiran dan terus buat aduan supaya tindakan lanjut dapat kami ambil dengan segera,” katanya.

Desi turut menasihati masyarakat agar tidak terpengaruh untuk menghasilkan kandungan (konten) yang sedang tular di media sosial, terutamanya jika ia dilakukan dengan cara yang boleh mengancam keselamatan.

Sumber: Kosmo 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement