Skip to main content

Antarabangsa

Tragis! Gara-Gara Minta iPhone Baharu, Wanita Maut Di Tangan Bekas Kekasih

Astro Gempak kekasih iphone

Sekilas

  • Seorang wanita bernama Ayu Puspita Sari maut dibunuh bekas kekasihnya selepas pertengkaran berkaitan permintaan iPhone baharu di Sumatera Selatan, Indonesia.
  • Suspek yang berusia 33 tahun telah ditahan selepas dipercayai mencekik mangsa hingga mati dan membakar mayatnya untuk menghapuskan bukti.
  • Mayat mangsa ditemui beberapa hari kemudian dan keluarga mengenal pasti identiti berdasarkan struktur gigi, membawa kepada penahanan suspek dalam masa kurang 24 jam.
Advertisement

Seorang wanita berstatus isteri orang dilaporkan maut dibunuh bekas kekasihnya dalam satu kejadian tragis di Sumatera Selatan, Indonesia. Insiden itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran selepas mangsa didakwa meminta suspek membelikannya sebuah iPhone baharu.

Mangsa yang dikenali sebagai Ayu Puspita Sari, 24, ditemukan dalam keadaan rentung berhampiran Sungai Enim di Desa Karang Raja, Kabupaten Muara Enim pada penghujung Mei lalu.

Advertisement

Menurut siasatan pihak berkuasa, suspek berusia 33 tahun yang dikenali sebagai MAP telah ditahan dan kini sedang disoal siasat berhubung kes tersebut.

Difahamkan, mangsa dan suspek pernah menjalinkan hubungan cinta selama lebih setahun sebelum wanita itu berkahwin dengan lelaki lain. Kedua-duanya kemudian bertemu secara rahsia di sebuah hotel pada 24 Mei lalu.

Siasatan mendapati suspek hilang sabar selepas didakwa didesak berkali-kali oleh mangsa supaya membelikannya iPhone model terbaharu. Dalam keadaan marah, suspek dipercayai mencekik mangsa sehingga meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selepas menyedari mangsa telah meninggal dunia, suspek dilaporkan meninggalkan hotel sebelum kembali semula untuk membawa keluar mayat wanita berkenaan. Mayat tersebut kemudian dibawa ke kawasan Jambatan Enim III sebelum dibakar dalam usaha menghapuskan bukti.

Lebih mengerikan, suspek turut membuang cebisan jasad yang rentung ke dalam sungai bagi mengelakkan identiti mangsa dikenal pasti.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam yang berada berhampiran kawasan tersebut. Proses pengecaman pada awalnya sukar dilakukan, namun keluarga berjaya mengenal pasti identiti Ayu berdasarkan struktur giginya.

Penemuan itu membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh kurang 24 jam. Kes tersebut kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia.
 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement