Skip to main content

Selebriti

Trauma Fizikal Dikritik Ketika Fasa Postpartum, Atikah Suhaime Ambil Masa Setahun Dapatkan Balik Bentuk Badan Asal

atikah suhaimie

Sekilas

  • Atikah Suhaimie berkongsi bahawa dia mengambil masa hampir setahun untuk kembali kepada dirinya dahulu selepas kelahiran anak pertamanya, Mulan.
  • Dia memutuskan tidak mahu lagi mempunyai anak kerana trauma fasa postpartum dan perubahan fizikal yang dialami selepas mengandung.
  • Atikah juga menegaskan dia tidak mahu membebankan Mulan di masa tua dan merancang untuk mengurus kewangan serta pencen sendiri.

Pelakon, Atikah Suhaimie berkongsi bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk kembali kepada dirinya dahulu.

Menerusi perkongsian di Threads, dia tidak mahu lagi melahirkan anak kerana menggangap anak kesayangannya, Mulan telah cukup sempurna buat dirinya.

"Saya ambil masa hampir satu tahun untuk nak kembali pada diri saya dahulu. Normal ke kalau saya tak rasa nak ada anak lagi? Saya rasa Mulan dah sempurna. Ada ke ibu bapa yang cuma ada seorang anak?,"soalnya.

Menurut Atikah, dia pernah berjanji dengan suaminya untuk mengurniakan enam orang anak, namun setelah melalui fasa postpartum kelahiran anak pertamanya, ia telah mengubah fikirannya.

"Sebelum kahwin, saya ada berjanji dekat suami yang saya nak lahirkan enam orang anak tetapi saya rasa macam tak jadi. Fasa postpartum bukan boleh buat gurauan," tulisnya.

Katanya, perkara yang membuatkan dirinya tidak mahu lagi melalui fasa tersebut adalah kerana dia trauma apabila bentuk fizikal badannya dihina selepas beratnya naik mendadak.

"Berat saya dari 50kg naik jadi 84kg semasa mengandung. Saya sangat kuat bersenam Ketika fasa pospartum sambil mendengar orang sekeliling panggil saya gemuk dan tak pandai jaga badan sejak ada anak. Saya trauma," kongsinya.

Dalam masa sama, aktres filem Lagenda Budak Hostel itu menegaskan dia tidak mahu menjadikan Mulan sebagai pelaburan jangka panjang ketika dirinya sudah tua.

Sebaliknya, dia mahu melihat anaknya membesar dengan bahagia tanpa perlu merisaukan keadaan ibu bapanya.

"Saya tidak akan biarkan anak saya bertanggungjawab untuk menjaga saya Ketika saya sudah tua. Saya rancang untuk buat simpanan dan pencen. Mulan akan hidup sebaiknya tanpa memikirkan mengenai ibu bapanya. Saya sebagai ibu bapa akan sokong kewangan dan emosi dia sampailah saya tua," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement