Skip to main content

Berita

‘Tuah’ Dilancarkan Sebagai Maskot Rasmi Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Tahun 2027, yang bakal berlangsung di Malaysia tahun depan.

Sekilas

  • Kementerian Belia dan Sukan melancarkan logo, maskot Tuah, dan tema rasmi 'Raikan Perpaduan' untuk Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada 2027 di Malaysia.
  • Maskot Tuah melambangkan semangat kebersamaan, keberanian, dan aspirasi generasi muda Malaysia yang berdaya saing dan inovatif.
  • Temasya sukan ini dijadual berlangsung pada September dan Oktober 2027, dengan fokus menyatukan negara ASEAN melalui semangat perpaduan dan kesukanan.
Advertisement

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Tahun 2027, yang bakal berlangsung di Malaysia tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata, maskot rasmi yang dikenali sebagai Tuah dipilih bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.

Menurutnya, maskot itu diinspirasikan daripada imej seorang wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati, selain menggambarkan generasi baharu Malaysia yang berani menghadapi cabaran, positif dan berdaya saing.

Advertisement

“Nama Tuah dipilih kerana membawa makna kejayaan, kecemerlangan dan keberuntungan yang dicapai melalui usaha, disiplin, ketekunan, kesetiaan serta perpaduan,” katanya pada Majlis Peluncuran Logo, Maskot dan Tema Rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 di IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

Pada majlis sama, tema “Raikan Perpaduan” (Celebrating Unity) diumumkan sebagai tunjang identiti temasya berkenaan.

Menurut KBS, tema itu dipilih kerana perpaduan merupakan kekuatan sebenar Malaysia dan ASEAN, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi asas kepada penganjuran temasya tersebut.

Sementara itu, logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 direka dengan elemen yang melambangkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan rantau Asia Tenggara menerusi semangat kesukanan.

Mengulas lanjut, Mohamed Taufiq berkata tema yang diperkenalkan bukan sekadar identiti temasya, malah menjadi seruan kepada atlet untuk melangkaui batas keupayaan masing-masing dalam memburu kejayaan.

“Tema kali ini akan menjadi cerminan semangat perpaduan yang berdaya tahan dan memiliki kesinambungan masa depan sukan rantau ini.

“Ia juga akan menjadi pencetus semangat kepada semua atlet untuk melangkaui had kemampuan mereka dalam mencapai kejayaan,” jelasnya.

Beliau berkata, logo yang diperkenalkan itu melambangkan dinamisme, kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat Asia Tenggara yang digabungkan dengan identiti Malaysia yang progresif.

Katanya, maskot Tuah pula bukan sekadar identiti visual, sebaliknya melambangkan keberanian, semangat kesukanan, inovasi dan aspirasi Malaysia sebagai negara yang berteraskan teknologi.

Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada 18 hingga 29 September 2027, manakala Sukan Para ASEAN Ke-14 akan berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2027.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement