,
berita

Tukar Warna Rambut, Firman Tak Kisah Apa Orang Kata

Syafiqah Jalal
01/08/2017
04:11 MYT
Tukar warna rambut kepada kelabu, juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Firman akui tidak peduli dengan apa sahaja pandangan orang tentang imej terbaharunya itu.
Firman atau nama sebenarnya Mhd Firma Bansir, 28, berkata dia mewarnakan rambut untuk memenuhi konsep muzik video single terbaharunya, Kasih.
"Sebenarnya tujuan saya mewarnakan rambut ini adalah untuk memenuhi konsep muzik video bagi single terbaharu saya.
"Buat masa ini saya tidak boleh lagi mendedahkan apa-apa mengenai single terbaharu itu tetapi apa yang boleh saya kata ia akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.
"Muzik video itu membawa konsep J-Pop dan anime sebab itu saya perlu mewarnakan rambut sebegini.
"Saya tahu ia akan menimbulkan tanda tanya orang tentang imej terbaharu saya, namun saya tidak akan peduli pandangan atau kata-kata orang.
"Saya tidak kisah apa orang nak kata apa sebab saya bukannya buat (ubah bentuk) muka.
"Apa yang penting saya buat semua ini untuk periuk nasi saya," katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimana pun, Firman akui agak kekok dengan imej terbarunya itu kerana merasakan warna kulitnya tidak sesuai dengan warna rambut sebegitu.
"Saya rasa saya tidak mungkin saya akan mengekalkan imej ini.
"Lagipun saya tak suka mewarnakan rambut dengan warna terang begini kerana saya bukannya berkulit cerah.
"Saya akui ada berasa malu dan tidak selesa juga lah tapi tak mengapa ia sementara sahaja," katanya lagi.
Firman sudah pun merakamkan single terbaharunya dan bakal menjalani penggambaran muzik video itu pada 7 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video