Skip to main content

Berita

Tular Foto Menangis Selepas Buat Persembahan, Aisha Retno Tampil Perjelas - “Sebenarnya Itu Adalah…”

Tular Foto Menangis Selepas Buat Persembahan, Aisha Retno Tampil Perjelas - “Sebenarnya Itu Adalah…”

Sekilas

  • Aisha Retno menjelaskan tangisan selepas persembahan lagu Tak Adil di AJL40 adalah tanda kelegaan kerana persembahan itu sangat berat dan bermakna buatnya.
  • Dia turut tersentuh melihat adiknya menangis di pentas, mengingatkan mereka berdua tidak pernah sangka dapat berdiri bersama di pentas berprestij tersebut.
  • Walaupun jadual padat dan penat, Aisha tetap bersemangat dan bertekad terus bekerja keras demi keluarga dan minat dalam bidang seni.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno tampil menjelaskan foto dirinya yang tular selepas menangis sebaik sahaja selesai membuat persembahan lagu Tak Adil pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40).

Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata tangisan tersebut sebenarnya merupakan tangisan kelegaan selepas berjaya menyelesaikan persembahan yang dianggapnya cukup berat.

Advertisement

Menurut Aisha, dia turut tersentuh selepas melihat adiknya menangis di pentas kerana tidak pernah menyangka mereka berdua akhirnya dapat berdiri bersama di pentas berprestij itu.

“Sebenarnya itu adalah tangisan kelegaan. Mungkin ada orang yang buat pelbagai andaian. Penjelasannya ialah kerana piece ini sebenarnya sangat berat.

“Saya bawa bersama penari, props, band dan adik bersama saya. Saya melihat adik saya menangis buatkan saya teringat bagaimana kami membesar bersama-sama dan tak pernah terfikir kami akan berdiri di atas pentas AJL. Saya buat semua ini semuanya untuk adik saya,” katanya.

Advertisement

Aisha berkata demikian ketika menghadiri sidang media AJL40 yang berlangsung di Unifi Arena, Sabtu.

Dalam pada itu, Aisha yang dinobatkan sebagai Naib Juara AJL40 itu turut berkata jadual padat dan tuntutan kerjaya tidak membuatkan dirinya mudah mengalah.

Baginya, semangat dan minat yang tinggi terhadap bidang seni menjadi pendorong untuk dirinya terus bekerja keras.

“Penat itu lumrah. Kadang-kadang penat fizikal dan mental. Tetapi sebagai anak seni yang ada semangat dan minat yang tinggi dalam menyanyi, tiada istilah kata penat.

“Saya berada di umur yang Tuhan beri saya daya upaya. Jadi, saya ingin galas tanggungjawab ini. Saya nak buat keluarga dan kumpulan saya gembira. Saya ingin membalas jasa mereka. Saya sudah sejauh ini, tak akan nak sia-siakan waktu. Selagi ada rezeki, kita teruskan sahaja,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement