Skip to main content

Viral

Tular Satu Keluarga Pakai Topi Petani Tunai Haji

Astro Gempak topi petani haji

Sekilas

  • Sebuah keluarga dari Yogyakarta memakai topi anyaman tradisional petani ketika tiba di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
  • Topi tersebut melambangkan kehidupan dan perjuangan mereka sebagai petani sebelum menjadi tetamu Allah.
  • Video keluarga ini mendapat perhatian netizen dengan komen positif dan ribuan tontonan di media sosial.
Advertisement

Sebuah keluarga dari Yogyakarta, Indonesia mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan memakai topi anyaman tradisional ketika tiba di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Keluarga tersebut dilihat mengenakan topi yang biasa digunakan petani ketika bekerja di sawah sebaik tiba di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi baru-baru ini.

Advertisement

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram oleh akaun @sinpotv menunjukkan beberapa ahli keluarga berkenaan duduk di ruang menunggu sambil memakai topi anyaman tersebut.

Menurut salah seorang ahli keluarga dikenali sebagai Anton, topi berkenaan bukan sekadar aksesori biasa, sebaliknya mempunyai makna tersendiri buat mereka.

Katanya, topi tersebut melambangkan kehidupan dan perjuangan mereka sebagai petani sebelum berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Advertisement

Perkongsian video itu kemudiannya mendapat perhatian netizen dan meraih ribuan tontonan di media sosial.

Rata-rata pengguna meninggalkan komen positif selain menyifatkan penampilan keluarga tersebut sederhana tetapi penuh makna.

“Kreatif! Boleh dijadikan ‘payung’,” tulis seorang netizen.

Ramai juga tersentuh melihat bagaimana keluarga itu tidak melupakan asal usul dan pekerjaan mereka walaupun sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Anda mungkin berminat dengan

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Must Watch Video

Advertisement