Skip to main content

Berita Tempatan

Tular Spekulasi Raya Jumaat, Umat Islam Diminta Sabar Tunggu Tarikh Aidilfitri 1447H

Astro Gempak raya

Sekilas

  • Spekulasi mengenai tarikh Aidilfitri 1447H yang mungkin jatuh pada 20 Mac 2026 masih belum disahkan dan bergantung kepada proses rukyah hilal pada 29 Ramadan.
  • Jabatan Mufti Perak menegaskan takwim hijri hanya panduan awal dan penetapan rasmi tarikh hari raya adalah berdasarkan cerapan anak bulan yang sah dan pengisytiharan pihak berautoriti.
  • Masyarakat dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih tanpa rujukan kepada pakar dan keputusan rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Ramadan baru masuk hari ke-10 namun sudah timbul spekulasi sambutan 1 Syawal atau Aidilfitri 1447H bakal jatuh pada hari Jumaat (20 Mac 2026), berbanding jangkaan pada 21 Mac.

Spekulasi ini membuat ramai umat Islam bimbang jika ‘tiba-tiba raya’ akan berulang seperti tahun 2022.

Jabatan Mufti Negeri Perak melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan, menegaskan bahawa takwim hijri yang diedarkan hanyalah berdasarkan data hisab awal sebagai panduan perancangan.

Penetapan rasmi tarikh hari raya masih tertakluk sepenuhnya kepada proses rukyah hilal (cerapan anak bulan) pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan rasmi oleh pihak berautoriti.

Perbezaan antara data kiraan dan realiti cerapan lapangan bukanlah sesuatu yang asing dalam disiplin ilmu falak, malah ia merupakan sebahagian daripada keindahan ketetapan agama yang mementingkan penyaksian nyata.

Malaysia mengamalkan pendekatan bersepadu antara rukyah (cerapan) dan hisab (kiraan).

Walaupun secara teori bulan mungkin sudah berada di atas ufuk, namun tahap kebolehnampakannya bergantung kepada parameter teknikal seperti ketinggian hilal (altitud) dan jarak elongasi.

Dalam konteks tarikh hari raya tahun ini, kedudukan hilal didapati agak rendah, menjadikan tahap kebolehnampakannya secara fizikal adalah sangat lemah.
Selain data teknikal, faktor cuaca seperti awan tebal dan gangguan atmosfera turut memainkan peranan besar.

Oleh itu, sebarang jangkaan mengenai tarikh hari raya tidak boleh diputuskan melalui logik semata-mata tanpa melalui proses pembuktian cerapan yang sah di lapangan.

Jabatan Mufti Perak juga menjelaskan bahawa parameter hilal bagi tarikh hari raya tahun ini adalah berbeza secara signifikan.

Pada tahun ini, kedudukan hilal Syawal dikesan lebih rendah dan jauh lebih sukar untuk dicerap berbanding situasi tahun 2022.

Secara teknikal, kebarangkalian untuk melihat anak bulan itu adalah lebih mencabar, namun keputusan muktamad tetap menanti pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Setiap tahun mempunyai keunikan falaknya yang tersendiri.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak membandingkan fenomena tahun-tahun lalu secara melulu tanpa merujuk kepada pakar astronomi Islam.

Kepastian tarikh hari raya adalah urusan besar yang melibatkan kedaulatan undang-undang Islam di negara kita.

Sehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk tidak membuat spekulasi awal atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai tarikh hari raya.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement