Skip to main content

Selebriti

“Untuk Perkahwinan Saya Selepas Ini…” - Puteri Sarah

“Untuk Perkahwinan Saya Selepas Ini…” - Puteri Sarah

Sekilas

  • Puteri Sarah menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai pasangan sekufu Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah adalah pendapat peribadi dan bukan ditujukan kepada sesiapa.
  • Beliau menegaskan maksud sekufu adalah sama pemikiran, sefahaman, dan komunikasi, bukan hanya berkaitan harta, pendidikan, atau status.
  • Puteri Sarah juga menyatakan akan mengutamakan keserasian mentaliti dan sefrekuensi dalam perkahwinan akan datang.
Advertisement

Pelakon, Puteri Sarah tampil menjelaskan mengenai hantarannya berkaitan pasangan sekufu melibatkan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah yang telah mencetuskan salah faham dalam kalangan sesetengah netizen.

Menurut Puteri Sarah, perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya  hanya sekadar pendapat peribadi mengenai pasangan tersebut.

Advertisement

“Tiada kena mengena dengan sesiapa, saya cuma memberi pendapat sahaja. Saya tengok Tun Mahathir dan Allahyarhamah Tun Hasmah adalah pasangan yang sekufu.

“Orang selalu salah faham, mereka ingat sekufu itu adalah tentang harta, pendidikan dan status.

“Maksud sekufu itu sebenarnya ialah sama pemikiran, sefahaman dan boleh komunikasi,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis tahlil Tun Hasmah yang berlangsung di Musollah Aisha, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, pelakon drama Polis Peronda itu turut berkata ‘sekufu’ bukanlah hanya sekadar aspek kekayaan semata-mata, namun melibatkan keserasian dari segi cara pemikiran dan kefahaman yang sama.

Malah, dia turut akan menerapkan perkara tersebut di perkahwinan seterusnya.

“Kita kena kenal orang tu dahulu, sama ada berkongsi minat dan hobi yang sama atau tidak.

“Kita pun tak tahu pasangan kita selepas ini macam mana, tapi sebagai manusia kita kena cari yang bersesuian untuk kita.

“InsyaAllah untuk perkahwinan saya selepas ini, itu (sekufu) yang saya mahukan.

“Saya tidaklah kata harta itu tidak penting, sebab ia masih perlu untuk bayar bil dan sebagainya. Tapi pada saya paling penting adalah mentaliti dan sefrekuensi,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement