Sekilas
- Usahawan perabot berusia 61 tahun, Duriyanto, berkahwin dengan Nabila yang berumur 19 tahun pada 12 November lalu.
- Duriyanto menghadiahkan sebuah kereta Honda HR-V sebagai mahar perkahwinan kepada Nabila.
- Perkahwinan dengan jurang usia 42 tahun ini menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
Di Instagram (IG) tular mengenai satu pernikahan melibatkan seorang usahawan perabot yang dikenali sebagai Duriyanto, 61, bersama dengan pasangan pilihannya Nabila yang baru sahaja berusia 19 tahun.
Menerusi perkongsian dimuat baik @pembasmi.kehaluan.reall, dapat dilihat perkahwinan yang berlangsung pada 12 November lalu itu diadakan dengan penuh kemeriahan.
Namun apa yang mencuri perhatian ialah, kelihatan sebuah kereta jenis Honda HR-V diberi Duriyanto sebagai hadiah mahar perkahwinan bagi mempersunting Nabila.
“Untuk menikahi Nabila, yang dikatakan anak kepada rakan sekerjanya, Duriyanto memberikan hadiah perkahwinan berupa satu unit kereta New Honda HR-V,” kongsi akaun Instagram tersebut.
Hantaran tersebut kemudiannya tular dan menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya menimbulkan pelbagai reaksi terhadap perkahwinan dengan jarak perbezaan usia 42 tahun itu.



Sumber: Instagram