Skip to main content

Selebriti

Video Banjir Di Taiping Tular, Tangisan Dan Laungan Doa Buat Ramai Tersentuh

Video banjir taiping

Sebuah video tular memaparkan suasana cemas ketika banjir melanda kawasan perumahan di Taiping pada Khamis, apabila kedengaran jeritan seorang wanita meminta bantuan sambil menggesa agar doa dibacakan.

Rakaman berdurasi 19 saat itu memperlihatkan suasana panik dengan tangisan dan laungan Allahuakbar di sebalik air yang sudah mencecah paras pinggang.

Advertisement

Menerusi rakaman sama, seorang lelaki kedengaran menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya. 

“Habislah rumah aku. Kesian anak aku ni, aku takut anak aku ni. Allahuakbar,” katanya. 

Sementara itu, turut tular gambar seorang lelaki menggendong bayi kecil sambil bergelut menyelamatkan diri bersama ahli keluarga.

Beberapa mangsa turut kelihatan memanjat bumbung kenderaan bagi mencari perlindungan sementara menunggu bantuan tiba.

Momen menyayat hati itu mengundang simpati ramai apabila warganet memenuhi ruangan komen dengan doa dan pesanan agar penduduk di kawasan terjejas segera berpindah ke lokasi selamat.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang yang menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement