,
Berita

Vokal Mantap, Mel Akui Azmi Saingan Terdekat

Mya Amri
11/05/2017
04:36 MYT
Finalis Rockanova, Mel akui Azmi merupakan saingan terdekatnya.
Mel atau nama sebenarnya Malisa Janudin, 33, berkata bakat dan kehebatan vokal Azmi sememangnya tidak boleh dipertikai.
"Sejak minggu ketiga lagi Azmi berjaya menambat hati peminat dengan vokalnya.
"Selain vokal, personaliti dia yang bersahaja juga membuatkan ramai yang suka.
"Lagipun Azmi adalah satu-satunya wakil lelaki jadi dia ada kelebihan di situ," katanya kepada Astro Gempak.
Mel ditemui sejurus tamat konsert ketujuh Rockanova yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, semalam.
Mengulas mengenai program berkenaan, Mel memberitahu dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke peringkat akhir.
"Alhamdulillah, saya tak sangka sebenarnya sebab peserta lain mempunyai kelebihan tersendiri dan hebat-hebat.
"Saya berterima kasih kepada peminat yang mengundi dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik minggu depan," ujarnya.
Mel telah menyampaikan lagu Nur Nilam Sari nyanyi asal Awie dan Search.
Manakala untuk pusingan duet pula, Mel menyanyikan lagu Senja Nan Merah bersama Syamel.
Minggu separuh akhir juga menyaksikan Dayah sebagai peserta terakhir yang tersingkir.
Mel berada ditangga pertama dengan jumlah markah sebanyak 67.77 peratus manakala Dayah 38.08 peratus.
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Manakala pelakon dan penyanyi Ziana Zain hadir sebagai juri jemputan.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bergelar Naib Juara Rockanova, Azmi Jamu Satu Kampung Dalam Majlis Kesyukuran

gempak
29/05/2017
08:14 MYT
Berita

Gugup Mengacara, Sherry Alhadad Pengsan Jatuh Tangga

gempak
19/05/2017
14:10 MYT
Berita

Mel Juara Rockanova, Bawa Pulang RM80,000

gempak
17/05/2017
16:14 MYT
Berita

Tak Mahu Over Confident, Takut Makan Diri – Zarith

gempak
17/05/2017
12:00 MYT
Berita

Sufi Ramal Azmi, Zarith Juara Rockanova

gempak
16/05/2017
12:01 MYT