Skip to main content

Selebriti

Wajah Seiras Karisma Kapoor, Netizen Gelar Amira Othman ‘Bollywood Malaysia’

Amira Othman muka sama Karisma Kapoor

Penyanyi, Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila wajahnya dikaitkan dengan bintang Bollywood terkenal, Karisma Kapoor.

Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, gambar Amira diletakkan bersebelahan dengan Karisma hingga mencetuskan perdebatan warganet.

Advertisement

"Macam ada iras-iras. Lawa," tulis individu berkenaan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan perbandingan tersebut dan mengakui Amira memiliki wajah seiras heroin filem ikonik Dil To Pagal Hai itu.

Antara komen yang ditinggalkan:

"Wow Karisma Kapoor Malaysia.

"Bahagian bibir paling sama.

"Tak dapat dinafikan, memang seiras.

"Eh betullah, patutlah macam pernah nampak. Sama macam Karisma Kapoor."

Must-Watch Video

Advertisement