Skip to main content

Viral

Wanita, Abang ‘Wiring’ Dicekup Khalwat Oleh Keluarga Sendiri

Astro Gempak khalwat wiring

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 30 tahun ditangkap berkhalwat dengan abang wiring dalam serbuan di Ayer Keroh yang dilakukan oleh ahli keluarga bersama imam.
  • Pasangan itu didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.
  • Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih berusia 25 dan 21 tahun juga dicekup berkhalwat di Ayer Keroh dan kini disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan abang wiring, dicekup oleh ahli keluarga sendiri yang bertindak membawa imam sebagai saksi dalam kejadian Selasa lalu.

Menurut sumber, wanita terbabit yang berusia 30 tahun dan ditahan bersama pasangannya dalam serbuan sekitar 12.30 tengah malam di sebuah rumah di kawasan Ayer Keroh di sini.

“Pasangan itu didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah ketika tangkapan awal dilakukan oleh saudara wanita itu bersama imam sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan lelaki terbabit bekerja sebagai tukang pendawaian elektrik, manakala wanita berkenaan menganggur,” katanya.

Sementara itu dalam operasi berasingan, penguat kuasa JAIM bersama seorang imam terlebih dahulu telah menyerbu sebuah premis lain di Ayer Keroh selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti berkhalwat.

“Dalam operasi itu, sepasang kekasih berusia 25 dan 21 tahun telah dicekup berkhalwat di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh sekitar jam 9 malam.

“Kedua-dua pasangan itu kini disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkhalwat atau bersekediaman tanpa hubungan sah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement