Skip to main content

Berita

Wanita Bawa Pisau Di Rain Wave Festival Ditahan Polis

Astro Gempak 426

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 28 tahun ditahan polis kerana dipercayai memiliki pisau ketika menghadiri Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur.
  • Festival yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu dikawal oleh 500 anggota polis dan berjalan dalam keadaan terkawal.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan agensi penguatkuasaan atas kerjasama menjaga keselamatan sepanjang acara.
Advertisement

Seorang wanita berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki senjata ketika menghadiri program Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, wanita warga tempatan itu akan dibawa ke mahkamah bagi proses reman pada pagi ini.

Advertisement

Menurut beliau, situasi keseluruhan sepanjang penganjuran festival berkenaan berada dalam keadaan terkawal meskipun berlaku insiden tersebut.

“Setakat ini hanya seorang wanita sahaja yang ditahan malam tadi kerana memiliki pisau. Bagaimanapun, keadaan adalah baik dan terkawal sepanjang program berlangsung.

“Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 30,000 orang. Seramai 500 anggota daripada pelbagai unit termasuk bantuan Bukit Aman telah digerakkan bagi memastikan keselamatan serta mengawal keadaan sepanjang program,” katanya ketika meninjau tahap keselamatan di lokasi acara.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai serta semua agensi penguatkuasaan yang terlibat atas kerjasama dalam memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing turut hadir ke program berkenaan.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan suasana cemas apabila seorang wanita dilihat memegang pisau sambil cuba ditenangkan orang awam di lokasi kejadian.

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki dilihat cuba menghalang wanita terbabit daripada bertindak agresif sebelum beberapa individu lain tampil membantu menenangkan keadaan.

Sumber: Berita RTM

Anda mungkin berminat dengan

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement