Skip to main content

Antarabangsa

Wanita Nekad Gantung Banner, Sahabat Baik Didakwa Rampas Suami – “Shi Pergi Ke Hotel…”

Gantung Banner Curang

Seorang wanita di Changsha, China menyorot perhatian orang ramai apabila menggantung kain rentang merah di pagar sebuah kompleks perumahan.

Difahamkan, wanita tersebut berbuat demikian bagi menyindir sahabat baiknya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami.

Dia turut mendedahkan identiti orang ketiga itu pada banner berkenaan sebagai luahan rasa kurang senang terhadap perbuatannya.

Individu terbabit yang hanya dikenali sebagai Shi, dilaporkan bekerja di bahagian kewangan pejabat pengurusan pelancongan komuniti Hongshan.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pejabat pengurusan pelancongan komuniti Hongshan menerusi media tempatan, The Paper, bahawa mereka memang menggaji seorang pekerja bernama Shi dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam masa yang sama, salah satu kain rentang tertulis: “Shi melanggar tatasusila dan moral, mempunyai hubungan sulit dengan suami sahabat baiknya,” yang ditandatangani sebagai “Isteri.”

Lebih mengejutkan, kain rentang kecil berwarna merah turut dilekatkan pada sebuah kereta di kawasan perumahan itu, namun tidak dapat dipastikan sama ada kereta tersebut adalah milik Shi.

Antara tulisan yang mencuri perhatian termasuk:

“Shi sahabat baik saya 12 tahun, berikan layanan seksual kepada suami saya sejak lima tahun lalu.

“Shi pergi ke hotel bersama suami sahabat baiknya ketika waktu bekerja," tulisnya.

Bagaimanapun, semua kain rentang itu telah diturunkan tidak lama kemudian. Identiti si isteri dan suaminya tidak didedahkan.

Menurut peguam Zhao Liangshan, tindakan si isteri berpotensi menyalahi undang-undang kerana mendedahkan privasi serta reputasi orang lain. 

Advertisement

Beliau menasihati pihak yang merasakan hak mereka dicabuli agar menuntut keadilan melalui saluran undang-undang.

Perkara ini telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menyokong tindakan si isteri.

“Memang salah dari segi undang-undang, tapi saya sokong revenge si isteri.

“Sahabat baik itu kakitangan kerajaan, mesti dia berdepan tindakan disiplin di tempat kerja.

"Macam mana nak kata isteri tu hina kawan baik dia. Dia cuma ucap terima kasih je," komen netizen.

Sekadar info, kain rentang merah di China sering kali digunakan sebagai tanda terima kasih ikhlas kepada individu yang berjasa namun kali ini, ia menjadi simbol balas dendam penuh sindiran.

Must-Watch Video