Ringkasan AI
- Seorang wanita warga Myanmar berjaya membantu polis menahan lelaki warga Thailand yang merogolnya.
- Suspek mengugut mangsa dengan pistol dan membawa mangsa ke resort sebelum merogolnya.
- Mangsa berpura-pura seronok dan berjaya mendapatkan akaun Facebook suspek untuk maklumat polis.
- Polis merampas pistol dan motosikal yang digunakan suspek semasa kejadian.
- Suspek positif dadah methamphetamine dan kini berdepan pertuduhan rogol serta penyalahgunaan dadah.
Seorang wanita warga Myanmar berjaya membantu pihak polis dengan memperdaya seorang lelaki warga Thailand yang merogolnya sehingga polis berjaya menahan suspek pada Selasa.
Memetik laporan The Thaiger, kejadian pada awalnya berlaku pada awal pagi Selasa dengan mangsa diugut dengan menggunakan pistol oleh suspek yang dikenali sebagai Raewat.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa yang berusia 20 tahun untuk menaiki motosikal sebelum membawanya sebuah ke resort dan merogolnya.
Mangsa walau bagaimanapun berpura-pura seronok dengan kejadian itu sebelum berjaya mendapatkan akaun Facebook suspek.
Mangsa kemudiannya memberikan maklumat tersebut kepada pihak polis sebelum suspek berjaya dikesan dan ditahan di rumahnya.
Pihak polis turut merampas sepucuk pistol dan motosikal yang digunakan suspek ketika kejadian.
Sementara itu, siasatan pihak polis mendapati suspek terlibat dalam perjudian dalam talian dan mengambil dadah jenis methamphetamine sebelum melakukan perbuatan keji tersebut kepada mangsa.
Ujian air kencing yang dilakukan turut mengesahkan suspen positif dadah, dan kini berdepan dengan dua pertuduhan iaitu rogol serta penyalahgunaan dadah.
Sumber: The Thaiger