Sekilas
- Seorang wanita di Kulon Progo terkejut menerima bungkusan berisi dua anak patung menyerupai pocong.
- Bungkusan tersebut dihantar ke rumahnya dan telah dibayar tanpa pengetahuannya.
- Pihak polis kini sedang menyiasat untuk mengenal pasti penghantar bungkusan misteri itu.
Seorang wanita di Kulon Progo, wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta terkejut menerima bungkusan berisi dua anak patung yang menyerupai pocong, lapor portal berita Lambe Turah.
Bungkusan itu dihantar ke rumah wanita dikenali sebagai Setiawati yang terletak di Desa Bumirejo, baru-baru ini.
Setiawati berkata, dia terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kurier bahawa bungkusan tersebut telah dibayar.
“Memandangkan nama dan alamat yang tertera adalah tepat, saya fikir bungkusan itu milik suami.
“Selepas dibuka, saya menjerit ketakutan apabila melihat dua patung menyerupai pocong,” kata Setiawati.
Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang menghantar bungkusan itu.
Sumber: Kosmo