Skip to main content

Berita

Wanita Usia 66 Tahun Sanggup Ke Chiang Mai Nak Jumpa Kekasih, Rupanya AI

Wanita Usia 66 Tahun Sanggup Ke Chiang Mai Nak Jumpa Kekasih, Rupanya AI

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 66 tahun melakukan perjalanan seorang diri dari Lampang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk bertemu lelaki yang dipercayainya juruterbang dan kekasihnya.
  • Pihak berkuasa mendapati lelaki yang ingin ditemuinya sebenarnya watak yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bukan individu sebenar.
  • Polis dan petugas lapangan terbang membantu wanita itu menghubungi keluarganya dan menyelaraskan urusan kepulangannya ke Lampang dengan selamat.
Advertisement

Seorang wanita berusia 66 tahun sanggup melakukan perjalanan seorang diri dari Lampang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Thailand, kerana mahu bertemu lelaki yang dipercayainya seorang juruterbang dan kekasihnya.

Bagaimanapun, impiannya untuk bertemu lelaki dikenali sebagai ‘Chai’ itu tidak kesampaian selepas pihak berkuasa mendapati individu berkenaan sebenarnya watak yang dijana kecerdasan buatan (AI).

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit dibantu Polis Pelancong Chiang Mai dan petugas keselamatan lapangan terbang kira-kira jam 8 malam pada 16 September lalu selepas dia dilihat menunggu seorang diri di terminal penumpang.

Wanita itu memberitahu pegawai bahawa dia datang ke Chiang Mai khusus untuk bertemu Chai yang dipercayainya bekerja sebagai juruterbang.

Hasil perbualan dan pemeriksaan lanjut, pegawai mendapati lelaki yang mahu ditemuinya itu bukan individu sebenar, sebaliknya watak yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Advertisement

Wanita berkenaan dipercayai mula menaruh perasaan terhadap watak tersebut selepas kerap melihat kandungan berkaitan ‘Chai’ menerusi platform Facebook.

Dia menyangka watak berkenaan ialah manusia sebenar sebelum mengambil keputusan melakukan perjalanan dari Lampang ke Chiang Mai untuk bertemu dengannya.

Wanita itu dilaporkan menaiki bas awam dari Lampang sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang dengan harapan dapat bertemu ‘kekasihnya’.

Bagaimanapun, usaha pihak berkuasa mendapatkan maklumat lanjut berdepan kesukaran apabila wanita itu banyak menggunakan bahasa daripada kumpulan etnik minoriti selain kelihatan keliru ketika berkomunikasi.

Polis Pelancong, petugas lapangan terbang dan pasukan penyelamat kemudian bekerjasama mengesan ahli keluarga wanita terbabit.

Mereka akhirnya berjaya menghubungi anak lelakinya dan menjelaskan perkara yang berlaku.

Keluarganya memaklumkan bahawa mereka tidak mengetahui wanita itu telah meninggalkan Lampang dan pergi ke Chiang Mai.

Sementara menunggu urusan kepulangannya diselesaikan, petugas menyediakan tempat selamat untuk wanita berkenaan berehat sementara di dalam terminal.

Pihak berkuasa kemudian menyelaraskan urusan bersama keluarganya bagi memastikan wanita itu dapat pulang dengan selamat ke wilayah asalnya pada keesokan harinya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement