Skip to main content

Selebriti

Watak Ustaz Reza Buat Penonton Naik Angin, Redza Rosli Kongsi Mesej Sebenar Drama Mencari Isteri Sempurna - "Ia Bukan Tentang Penunggang Agama Tetapi..."

Astrogempak

Sekilas

  • Redza Rosli berkongsi cabaran membawa watak Ustaz Reza dalam drama Mencari Isteri Sempurna yang digambarkan sebagai lelaki tenang tapi penuh konflik dalaman.
  • Watak Ustaz Reza bukan penunggang agama, sebaliknya membawa mesej tentang poligami secara betul, nilai kekeluargaan dan pengorbanan.
  • Drama arahan Hadith Omar ini kini ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, menampilkan Zara Zya, Sherry Ibrahim dan lain-lain.

Pelakon, Redza Rosli berkongsi pandangannya mengenai watak Ustaz Reza yang dibawanya dalam drama Mencari Isteri Sempurna yang disifatkan sebagai seorang lelaki tenang tetapi mempunyai pelbagai konflik dalam diri.

Menurut Redza, sikap Reza yang dilihat lambat membuat keputusan sering disalah faham oleh penonton, sedangkan watak itu sebenarnya berdepan tekanan dan kekeliruan dalam hidupnya.

"Ustaz Reza merupakan seorang yang sangat tenang, dan senang. Dia perlu tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Ramai yang mengecam kerana Ustaz Reza lambat bertindak tetapi sebenarnya Ustaz Reza berdepan dengan pelbagai konflik dalam dirinya. Apa- apa keputusan yang perlu dibuat, dia harus laksanakan dan perlu minta nasihat Uminya.

"Dia dikawal oleh Umi, namun pucuk pangkal dalam mencari isteri sempurna, nak mencari jodoh, kenalah cari ciri-ciri yang sempurna di mata seorang suami. Walaupun kita tahu yang Ustaz Reza ini tidak sempurna tetapi inilah yang kita katakan, walau macam mana baik pun seseorang itu, dia akan berdepan dengan dugaan dan masalah,"katanya.

Dalam masa sama, Redza mengakui watak tersebut bukanlah mudah baginya kerana ia berbeza dengan personalitinya yang lebih terbuka.

"Saya sendiri mendalami karakter ini agak sukar sebab saya jenis yang suka bersuara. Saya akan terus cakap, tetapi Ustaz Reza lebih tenang sikapnya. Membawakan peranan ustaz merupakan sesuatu yang bukan mudah dan datang dengan tanggungjawab yang besar,  kerana dia merupakan role model yang menjadi pandangan masyarakat. Setakat ini, agak mencabar sebab Ustaz Reza yang menyimpan perasaan. Sukar nak lepaskan macam itu sahaja,"ujarnya.

Redza turut menegaskan watak itu bukanlah penunggang agama, sebaliknya membawa mesej lebih luas tentang kehidupan dan kekeluargaan.

"Jujur, saya cakap dalam drama ini, watak Reza sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ini. Dalam drama ini, nilai moral dan mesej yang ingin disampaikan adalah poligami dengan cara yang betul, sikap kekeluargaan, pengorbanan anak serta kasih sayang umi. Drama ini bukan tentang ustaz penunggang agama tapi lelaki yang nak cari isteri sempurna,"jelasnya.

Selain Redza, drama ini turut menampilkan Zara Zya, Sherry Ibrahim, Cahaya Nilam dan ramai lagi.

Drama arahan Hadith Omar ini mengisahkan tentang seorang ustaz muda bernama Reza yang obses dengan kesempurnaan namun diuji dengan kontroversi, perkahwinan dan konflik rumah tangga hingga berpoligami. Segalanya berubah apabila dia mengetahui dirinya mandul, lalu sedar kesempurnaan sebenar bukan milik manusia.

Mencari Isteri Sempurna kini boleh ditonton di Astro Prima jam 6 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement