Sekilas
- Adam Lee meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang belum bayar hutang lama tetapi sudah mahu pinjam wang lagi.
- Beliau menegaskan pentingnya menyelesaikan hutang lama sebelum membuat pinjaman baru dan mengkritik sikap seolah tiada apa berlaku.
- Adam juga menegaskan pelakon juga ada masalah kewangan dan tidak semestinya kaya seperti yang disangka orang.
Pelakon, Adam Lee meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap sesetengah individu yang masih belum melunaskan hutang, namun sudah mahu meminjam wang lagi.
Menerusi perkongsian di Threads, Adam berkata hutang lama sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu sebelum meminta pinjaman baharu.
Menurutnya, sikap seolah-olah tiada apa yang berlaku bukanlah cara yang bagus apabila melibatkan soal hutang.
“Kau pinjam, kau bayar. Simple kan? Yang lama pun tak selesai, selepas itu nak pinjam lagi? Tebalkan muka dan buat macam tiada benda yang jadi itu bukan solusi namanya,” tulisnya.
Adam turut menyentuh sikap sesetengah pihak yang menganggap pelakon mempunyai banyak wang dan tidak berdepan masalah kewangan.
“Mesti ingat pelakon ni banyak duit kan. Terus hilang common sense dalam diri. Orang lain pun ada masalah,” kongsinya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memahami situasi berkenaan, selain berkongsi pengalaman sama berdepan individu yang gemar berhutang tetapi liat untuk membayar.