Skip to main content

Selebriti

"Yang Sakit Hati Adalah Orang Yang Terkenal Sebab..." - Ramona Zamzam

"Yang Sakit Hati Adalah Orang Yang Terkenal Sebab..." - Ramona Zamzam

Sekilas

  • Ramona Zamzam berkongsi pandangan bahawa kebocoran data bukan perkara baru dan sudah lama berlaku, menyebabkan sindiket penipuan mudah mendapatkan maklumat peribadi orang ramai.
  • Pelakon itu menegaskan individu terkenal lebih terkesan kerana mudah menjadi perhatian umum apabila isu kebocoran data tular.
  • Ramona menyeru pihak berkuasa untuk mengambil peranan utama dalam melaksanakan perlindungan data dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.
Advertisement

Pelakon, Ramona Zamzam tampil berkongsi pandangannya mengenai isu kebocoran data yang  menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Menurut Ramona, perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana kebocoran data dipercayai sudah lama berlaku sehingga membuka ruang kepada sindiket penipuan untuk mendapatkan maklumat peribadi orang ramai.

Advertisement

“Sebenarnya sebelum apa-apa yang berlaku dan menjadi tular pun, ramai antara kita sudah tahu bahawa data kita memang sudah lama bocor.

"Kita memang sudah menerima panggilan telefon daripada scammer dan sebagainya. Mereka memang sudah dapat maklumat kita. Sebenarnya saya tahu benda itu sudah lama berlaku, tetapi malas nak pening kepala, malas nak layan. Jadi, kita biarkan sahaja,” katanya kepada Gempak.

Ramona berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP, pada Selasa.

Selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, Ramona berpendapat individu yang dikenali ramai lebih terkesan apabila insiden seperti itu berlaku kerana mereka lebih mudah menjadi perhatian umum.

“Bagi saya, kita kena berhati-hati. Tapi yang sakit hati adalah orang-orang terkenal kerana apabila benda seperti ini berlaku, kita akan menjadi viral dan diperhatikan ramai.

“Sebagai rakyat biasa, kita hanya boleh mengharapkan yang terbaik. Kalau macam saya, kita boleh berhati-hati sedaya upaya. Tapi kalau benda itu nak berlaku, kalau sudah bocor, macam mana?,” ujarnya.

Mengulas sama ada perlunya garis panduan bagi menangani isu tersebut, Ramona berpandangan pihak berkuasa perlu memainkan peranan utama dalam memastikan perlindungan data dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya rasa mungkin perlu ada satu garis panduan untuk elakkan perkara ini. Tapi kalau ada garis panduan pun, kalau benda itu sudah bocor, macam mana? Masalahnya kita tidak boleh uruskan kerajaan.

“Dari segi perkara seperti ini, pihak atasan sahaja yang boleh mengendalikan semuanya. Mereka yang tahu tentang peraturan dan segala-galanya.

“Jadi, kita nak bercakap lebih-lebih pun, kalau mereka tidak buat, tidak guna. Ada garis panduan pun kalau tidak dilaksanakan, tidak membawa makna. Jadi, siapa kita untuk kata itu ini?,” jelasnya.

Walaupun tidak pernah menjadi mangsa kebocoran data secara langsung, Ramona mengakui situasi itu telah menghakis kepercayaan orang ramai terhadap sesetengah perkhidmatan dan institusi.

“Secara peribadi, saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu secara dalam talian. Lebih kepada banyak nombor tidak dikenali yang telefon. Memang sangat merimaskan.

“Sampai satu tahap, kadang-kadang saya sudah malas nak jawab telefon. Kalau tengok nombor yang kita tidak simpan, biarkan sahaja.

“Sudah tentu benda itu boleh menjejaskan kepercayaan. Sebenarnya sudah lama kepercayaan kita terhakis. Cuma seperti yang Ramona cakap, sebagai rakyat biasa, kita nak buat apa? Teruskan sahaja kehidupan,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement