Skip to main content

Selebriti

Yuna Rahim Tegur Penjualan Minyak Mencurigakan Di Media Sosial, Bimbang Orang Ramai Beli Siap Buat Review - "Korang Tak Rasa Menyeramkan Ke?"

Yuna Rahim

Sekilas

  • Pelakon Yuna Rahim meluahkan kebimbangan tentang penjualan minyak yang didakwa mampu menarik perhatian orang seperti minyak pengasih di media sosial.
  • Yuna mempersoalkan kandungan minyak tersebut dan bagaimana ia boleh dijual secara terbuka, sambil berharap akidah masyarakat sentiasa terpelihara.
  • Rata-rata netizen turut berkongsi rasa bimbang terhadap produk yang dianggap mencurigakan itu.

Pelakon, Yuna Rahim meluahkan kebimbangan selepas mendapati ada pihak menjual minyak yang didakwa mampu membuatkan orang tertarik kepada pemakainya, seakan-akan minyak pengasih.

Menerusi perkongsian di Threads, Yuna mempersoalkan bagaimana produk tersebut boleh dijual secara terbuka dan dibeli oleh orang ramai di platform media sosial.

"Apa yang saya nak suarakan, macam mana orang boleh jual minyak jenama Sri Maha.. Kenapa macam mencurigakan dan bagaimana ia boleh dijual di platform yang kita sedang gunakan," tulisnya.

Menurut Yuna, hanya dengan melihat produk berkenaan sudah membuatkan dia berasa seram, selain tertanya-tanya tentang kandungan sebenar minyak tersebut yang disifatkannya mencurigakan.

"Apa sebenarnya isi kandungan minyak itu dan bagaimana orang kita boleh beli benda macam itu. Korang tak rasa ia menyeramkan ke," ujarnya.

Bagaimanapun, Yuna menegaskan bahawa perkongsiannya dibuat atas dasar kebimbangan dan berharap agar akidah masyarakat sentiasa terpelihara.

"Saya suarakan perkara ini sebab memang menakutkan. Ramai orang pergi beli dan ada yang siap buat review. Apa pun, semoga akidah dan agama kita sentiasa dipelihara," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang mereka

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement