Berita
Zamani Mohon Maaf!
Penyanyi Zamani membuat permohonan maaf terbuka menerusi akaun Instagramnya susulan insiden hilang suara pada konsert Gegar Vaganza (GV5) minggu lalu.
Tulis Zamani, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikannya peluang menerusi kuasa imuniti serta doa yang dititipkan kepadanya saban waktu.
"Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert kelima.
"Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu. Terima kasih tak terhingga pada Datuk Seri Aliff Syukri atas pemberian imuniti dan semua juri.
"Terima kasih kepada team produksi GV5 yang menjaga saya selama ini dan semua peserta GV5 yang seperti keluarga dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini," tulis Zamani.
Zamani turut mengubat kekecewaan peminat menerusi rakaman video ketika sesi rehearsal sehari sebelum konsert berlangsung.
Penyanyi popular itu berdepan detik memilukan apabila gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima GV5 Ahad lalu.
Bagaimanapun, vokalis kumpulan Slam itu diselamatkan menerusi kuasa imuniti penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri yang sekali gus melayakkannya bertanding pada minggu ini.
Zamani akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Must-Watch Video