Skip to main content

Selebriti

Zizan Nin Dikritik Kerana Penampilan Berbeza, Akui Faktor Usia Jadi Punca - "Kita Semakin Tua Bukan Semakin Muda"

Zizan Nin

Pelakon dan pengarah, Zizan Nin tampil menjelaskan isu berhubung perubahan imejnya yang dikatakan berbeza dari sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizan berkata orang ramai terlalu sibuk mengkritiknya dan terlalu memberi tumpuan pada fizikal berbanding ilmu yang ingin disampaikan dalam program tersebut.

"Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast," katanya.

Menurut Zizan, perubahan dirinya itu disebabkan oleh faktor usianya yang semakin meningkat.

Pelakon filem Tanda Putera itu turut mentipkan doa agar orang ramai sentiasa sihat dan menjadi orang yang berguna.

"Respon saya begini, saya menua dengan baik, sejajar dengan usia saya. Kita semakin tua bukan semakin muda. Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna," ujarnya.                                                                                                     

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat pada Zizan dan memintanya untuk mengendahkan kecaman tersebut.                              

Terdahulu, penampilan Zizan menjadi perhatian ramai selepas didakwa kelihatan berbeza dari dahulu sehingga ada yang tidak lagi mengenali dirinya menerusi sebuah program podcast di media sosial.   

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement