Skip to main content

Berita

Zizie Izette Tiba Dalam Esakan, Tatap Suami Buat Kali Terakhir

Zizie Bung

Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.

Zizie Izette yang juga pelakon tiba di kediaman itu sekitar jam 9.30 pagi bersama empat anak mereka, sebelum bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.

Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin sejurus melangkah masuk dalam suasana penuh sebak dan hiba.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. 

Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya. 

Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis. Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement