Skip to main content

Selebriti

Berjaya Turun 7 kg Dalam Masa 22 Hari, Noraniza Idris Ada Sebab Pilih Lakukan Bariatrik - “Kurus Itu Bonus…”

ASTROGEMPAK Noraniza Idris

Sekilas

  • Noraniza Idris berjaya turunkan berat badan sebanyak 7.4 kilogram dalam masa 22 hari selepas menjalani pembedahan bariatrik.
  • Dia gembira dapat memakai semula baju-baju yang dipakai pada tahun 2020 yang sebelum ini tidak muat.
  • Noraniza tekankan pembedahan bariatrik adalah untuk hidup lebih sihat, bukan sekadar untuk kurus, dengan disiplin dan pemakanan yang betul.
Advertisement

Penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukur apabila berat badannya sudah turun sebanyak 7.4 kilogram dalam masa 22 hari selepas melakukan pembedahan bariatrik. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, Noraniza berkata apa yang membuatkan dia berasa gembira apabila dapat kembali memakai bajunya pada enam tahun lalu. 

 

“Alhamdulillah, hari ini genap 22 hari. Berat saya turun daripada 87.7 kg kepada 80.3 kg, iaitu 7.4kg dalam masa 22 hari. Tapi bagi saya, yang paling menggembirakan bukan angka pada penimbang. 

 

Advertisement

“Hari ni saya dah boleh pakai semula baju-baju saya tahun 2020 yang dah lama tak muat,” kongsinya.

 

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Hati Kama itu menegaskan pembedahan bariatrik bukan hanya disebabkan mahu kurus sahaja sebaliknya ia merupakan satu permulaan untuk menjalani kehidupan lebih sihat. 

 

“Bariatric bukan tentang nak kurus semata-mata. Ia adalah permulaan untuk hidup lebih sihat. Kena ada disiplin, kena sabar dan kena ikut pemakanan yang betul.

 

“Alhamdulillah, badan makin selesa, pergerakan makin ringan dan saya rasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ini. 

 

“Terima kasih Dr G, dietitian dan semua yang sentiasa mendoakan saya. Kurus itu bonus. Sihat itu matlamat,” ujarnya lagi. 

@officialnoranizaidris 🎥 22 Hari Selepas Bariatric Alhamdulillah, hari ni genap 22 hari. Berat saya turun daripada 87.7kg kepada 80.3kg, iaitu 7.4kg dalam masa 22 hari. Tapi bagi saya, yang paling menggembirakan bukan angka pada penimbang. Hari ni saya dah boleh pakai semula baju-baju saya tahun 2020 yang dah lama tak muat. 😊 Bariatric bukan tentang nak kurus semata-mata. Ia adalah permulaan untuk hidup lebih sihat. Kena ada disiplin, kena sabar dan kena ikut pemakanan yang betul. Alhamdulillah, badan makin selesa, pergerakan makin ringan dan saya rasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ini. Terima kasih Dr G, dietitian dan semua yang sentiasa mendoakan saya. Kurus itu bonus. Sihat itu matlamat. ❤️ 22 Hari | -7.4kg 87.7kg ➜ 80.3kg #BariatricJourney #Day22 #NoranizaIdris #SihatItuNikmat #Qurus ♬ original sound - Noraniza Idris MY

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement