Skip to main content

Selebriti

Bersalin Czer Tak Rasa Pengalaman Sebenar Jadi Ibu? Ini Jawapan Ozlynn Wati - "Sakit Sampai Jahit Pun Tak Rasa!"

Bakar isteri

Sekilas

  • Ozlynn Wati berkongsi pengalaman sebagai ibu kepada enam anak yang melalui kelahiran secara czer dan normal, menegaskan kedua-dua cara bersalin ada cabaran tersendiri.
  • Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membandingkan atau meremehkan kaedah bersalin kerana setiap ibu menghadapi ujian dan kesakitan yang berbeza.
  • Ozlynn juga menjelaskan proses pemulihan selepas czer lebih lama berbanding bersalin normal dan mengucapkan tahniah kepada semua ibu serta mendoakan yang masih berusaha untuk hamil.
Advertisement

Pelakon, Ozlynn Wati mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada satu hantaran netizen mengenai pengalaman berdepan individu yang meremehkan kelahiran secara caesarean (czer) berbanding kelahiran normal.

Menerusi Threads, Ozlynn berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada enam cahaya mata yang pernah melalui kedua-dua kaedah bersalin tersebut.

Advertisement

"Saya ada 6 orang anak, ada yang czer dan normal. Kalau nak bercerita mengenai sakit normal contractions, saya sendiri tak tahu nak gambarkan bagaimana. Doktor datang korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa!

"Bersalin czer pula sakit tapi tak sakit macam bersalin normal. Nak jaga lepas czer, sakit datang selepas habis bius.

"Proses berpantang pula, jaga orang yang bersalin normal lagi senang daripada yang bersalin czer,"kongsinya.

Dalam pada itu, Ozlynn menasihati orang ramai agar tidak mempertikaikan atau membandingkan cara seseorang ibu melahirkan anak kerana setiap kelahiran mempunyai cabaran dan ujian yang tersendiri.

"Ada kelebihan dan keburukan bagi setiap cara bersalin. Jadi jangan nilai orang bersalin normal atau czer, semuanya memang sakit!

"Kelahiran setiap anak pun ada lain-lain ujiannya. Ada yang tengah meneran, doktor suruh berhenti sebab tali pusat bayi dah terbelit.

"Untuk saya, hargai sahaja setiap kelahiran, jangan sakiti hati setiap ibu. Masing-masing ada ujian nak melahirkan anak, semua ada struggle sendiri ya!

"Bersalin normal atau pun czer, tetap sakit dan perlu lalui setiap fasa," ujarnya.

Katanya lagi, kaedah czer memakan masa yang lebih lama untuk mendapatkan tubuh badan asal berbanding bersalin secara normal.

"Bersalin czer untuk aku nak jaga dan nak dapat semula perut yang slim hampir setahun. Sedangkan kalau bersalin secara normal, hanya tiga bulan perut dah kempis.

"Apa pun, saya nak ucap tahniah untuk semua ibu. Yang masih ttc, saya doakan semoga Allah bagi nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak sendiri," tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Must Watch Video

Advertisement