Sekilas
- Pelakon Rita Rudaini memuat naik hantaran sindiran di Threads yang memohon agar mereka yang membenci dirinya dan anak-anak terus mengikuti perkembangan mereka.
- Rita turut menyindir individu yang rasa bersalah selepas mengambil hak orang lain dalam hantaran sama, yang mendapat pelbagai reaksi netizen.
- Rita sebelum ini menjadi perhatian selepas berkongsi reaksi lucu terhadap jawapan spontan anak sulungnya mengenai bapanya di platform sama.
Pelakon, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di platform Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Rita memohon agar sesiapa yang membenci dirinya dan anak-anak terus mengikuti perkembangan kehidupan mereka.
"Tuhan, jika ada orang melihatku dan anak-anakku dengan sejuta kebencian, maka buatlah dia melihatku setiap hari, biar dia makin gilaaa," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Rita turut menyindir seseorang yang mempunyai rasa bersalah selepas mengambil hak orang lain.
"Nak tanya kenapa ada orang lepas ambil hak orang, hidup dia jadi macam cerita seram. Bunyi pintu pun terkejut.
"Relax, yang kejar tu bukan hantu, cuma rasa bersalah sendiri sampai mati," tambahnya.
Perkongsian itu mengundang perhatian warga maya yang memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen, malah ada yang mengaitkannya dengan beberapa isu yang pernah melibatkan pelakon berkenaan.
Terdahulu, Rita turut menjadi perhatian selepas memberi reaksi terhadap jawapan spontan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, yang tular apabila menjawab soalan mengenai bapanya.
Menerusi Threads, Rita mengakui dia tidak dapat menahan ketawa melihat komen yang ditinggalkan Airit Rayyan, namun menegaskan bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya untuk memberikan jawapan sedemikian.
"Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau," tulisnya.