“Apa Salahnya Saya Rap” - Dapat Lagu Peluang Kedua, Usop Nak Menyanyi Bahagian MK K-Clique?
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop akan mengambil nasihat para juri untuk ‘mengusopkan’ lagu yang bakal dipersembahkan pada konsert akhir BS2020 Ahad ini.
Untuk pusingan terakhir yang bakal menentukan juara, Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menerima lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan lagu popular kumpulan Dewa 19, Arjuna.
“Insya-Allah saya akan jadikan lagu ini macam lagu saya sendiri. Orang lelaki yang pernah bawa lagu ni pun Hael Husaini. Jadi, nantikan.

“Permulaan konsert saya dapat pujian menggunung pun, sumpah buat saya tertekan sangat. Ni dah sampai konsert akhir, saya taknak fikir apa dah.
“Kalah menang belakang cerita, saya nak buat sehabis baik untuk buktikan pada orang ramai yang menonton,” jelas Usop lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
