Big Stage 2020

Bintang Big Stage 2020 Akan Buat 2 Persembahan, Mungkinkah Akan Ada 2 penyingkiran Pada Minggu Suku Akhir?

gempak
Azwa Rahman
18/09/2020
11:23 MYT
Sponsor Banner
Bintang Big Stage 2020 Akan Buat 2 Persembahan, Mungkinkah Akan Ada 2 penyingkiran Pada Minggu Suku Akhir?
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) akan melakukan dua tugasan pada konsert suku akhir BS2020 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, persembahan konsert keenam pada minggu ini akan melibatkan lagu solo tema rotasi 36T dengan sebuah lagu battle.
“Persembahan lagu solo tersebut merupakan tugasan yang kami berikan pada minggu kelima dan dibawa ke minggu keenam dan satu lagi merupakan lagu battle yang kami akan umumkan tidak lama lagi,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Memandangkan konsert kelima BS2020 tidak diadakan kerana memberi penghormatan kepada konsert Tribute #SandraDalamKenangan, Ema menjawab jika akan ada dua penyingkiran terhadap lapan bintang yang masih bertanding.
“Untuk dua penyingkiran tu kita belum tahu lagi, semuanya bergantung pada malam Ahad nanti. Melihat pada persembahan mereka juga, baru kita akan buat keputusan,” ujar Ema lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live