Big Stage 2020
"Hanya 18 Hingga 19 Peratus Sahaja..." - Ini Penilaian Ajai Terhadap Prestasi Keseluruhan Peserta Big Stage 2020 Setakat Ini!
Juri tetap Big Stage 2020, Ajai akui kualiti keseluruhan persembahan peserta dalam konsert minggu kedua Ahad lalu sudah mula menepati sedikit dari jangkaannya.
Menurut Ajai, para peserta masih mempunyai masalah dari segi pemilihan lagu.
"Pada pendapat saya, kualiti persembahan para peserta dalam konsert minggu kedua sudah mula menepati jangkaan saya, namun masih sedikit.
"Apa yang boleh saya katakan, ia hanya berada pada tahap 18 hingga 19 peratus sahaja daripada jangkaan saya, kerana mereka masih mempunyai masalah dari segi pemilihan lagu," katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya konsert minggu kedua Big Stage 2020 baru-baru ini.
Tambah Ajai, semua peserta harus menguasai cara yang betul untuk bertahan dalam pertandingan.
"Mereka kena tahu tentang cara untuk bertanding dan bagaimana untuk bertahan, mereka pun masing-masing sudah bergiat sebagai penyanyi sebelum ini.
"Jadi, mereka harus tahu mempelbagaikan konsep dan dan membawa mood yang bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan," katanya lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Must-Watch Video