,
Big Stage 2020

“Murah, Banyak, Sedap” - Menang RM25,000, Qody Rany Rancang Buka Restoran Makanan Barat

Azwa Rahman
08/10/2020
02:20 MYT
Pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 (BS2020) Qody Rany merancang untuk menggunakan duit kemenangannya untuk membuka sebuah restoran yang menghidangkan makanan barat.
Menurut pemilik nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, perancangan untuk membuka restoran di Kuala Lumpur itu mendapat inspirasi daripada rakannya di Langkawi.
“Idea ni datang daripada kawan saya yang buka kedai makan di Langkawi. Saya sendiri suka makan dan selepas PKP hari tu, saya ada bantu buat review restoran dia dan jadi viral. Dari situ saya dapat inspirasi untuk buka restoran di sini.
“Tapi saya risau juga dengan keadaan negara yang dilanda pandemik ni. Takut dah buka kedai dan mana tahu PKP akan kembali diadakan sebab kes COVID-19 makin naik, ada baiknya saya tunggu keadaan makin stabil,” jelas Qody kepada Gempak.
Qody ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambah Qody lagi, dia bersyukur apabila tahun 2020 ini membuka banyak pintu rezeki antaranya dua single terbarunya dilancarkan pada tahun ini serta mendapat tempat ketiga BS2020.
“Rezeki tu dapat dalam pelbagai cara. Saya lancarkan dua lagu tahun ni iaitu Satu Malam yang dijadikan OST untuk sebuah drama tempatan dan satu lagi lagu berjudul Egois yang baru dilancarkan beberapa hari lepas.
“Dan memang dalam perancangan juga seperti cadangan Ajai, kalau boleh lepas ni saya nak cuba hasilkan lagu berentak rancak dan fun. Saya dah ada dua lagu balada yang menjadi jadi apa salahnya cuba lagu yang rancak pula,” katanya lagi.
Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara.
Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Viral

Ceddy Ang Beri Penjelasan Tentang Maksud Bak Kuh Teh - "Perkataan Bak Adalah ..."

gempak
31/10/2024
05:55 MYT
Pempengaruh, Ceddy Ang menjelaskan maksud sebenar perkataan Bak Kuh Teh kepada netizen yang menyalahanggap sebagai daging khinzir.
Viral

108 Pelanggan Keracunan Makanan Selepas Makan Ayam Tandoori Di Pengkalan Chepa, Restoran Diarah Tutup!

gempak
24/10/2024
13:20 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarah sebuah restoran di Pengkalan Chepa ditutup berikutan pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut didapati mengalami keracunan makanan.
Hiburan

“Saya Merancang Nak Buka Restoran Dekat New York” - Akui Semakin Pulih, Chef Wan Sekarang Sibuk Berjalan

gempak
03/10/2024
21:55 MYT
Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan berkata dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya serta merancang untuk membuka cawangan restorannya di New York.
Viral

Kembang Tekak! Ulat Sampah Berjalan Atas Sudu, Lelaki Ini Dakwa Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Di Restoran Popular Di KL – ‘Sihat, Gemuk, Gebu”

gempak
31/07/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki mendakwa dia mengalami keracunan makanan selama lima hari gara-gara menjamu selera di sebuah restoran di Kamung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Unitar