Big Stage 2020
“Nak Menambat Hati Ajai, Kenalah...” - Amir Hasan Terkejut Tak Tersingkir, Harap Pitching Tak Lari Minggu Depan
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Amir Hasan menggangap dirinya tidak tersingkir pada konsert pertama BS2020 adalah sebagai rezeki.
Tambah Amir, dia mengakui salahnya kerana tidak pernah membuat persembahan menggunakan ear monitor sebelum ini.
“Saya ada terfikir selalu konsert pertama orang akan kata tiada penyingkiran tapi kali ni agak berbeza sebab kita masih dalam PKPP, jadi tak salah mereka nak keluarkan seorang peserta untuk kurangkan orang.
“Saya tak terkejut kalau minggu pertama ada penyingkiran malah saya terima bila nama saya diumumkan menjadi yang tersingkir. Saya berlari dan bila tiba di belakang, Alif kata Amir tak tersingkir jadi memang rezeki la,” kata Amir kepada Gempak.
Amir ditemui selepas namanya diumumkan terselamat daripada penyingkiran dalam konsert pertama BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Menurut Amir lagi, BS2020 merupakan tempat untuknya menimba ilmu kerana dia bermula daripada bukan siapa-siapa.
“Saya belajar banyak benda dalam Big Stage, saya daripada seorang yang kosong, gamble saya masuk sebab saya betul-betul minat muzik.
“Kalau nak menambat hati juri pada konsert minggu depan, segala aspek nyanyian kena sempurna la. Minggu depan saya akan buat yang terbaik, pitching taknak lari sangat, harapkan akan lebih baik daripada hari ini,” ujarnya lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Must-Watch Video