Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Ada Suara Saya, Dia Ada Suara Sendiri" - Hanie Soraya Komen Suara Mirip Amy Mastura

Amri Hassan
18/08/2020 23:07 MYT
Sejak kemunculannya dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, suara Hanie Soraya sering dilabelkan sangat mirip dengan penyanyi Amy Mastura.

Kini, kembali ke Malaysia dan menyertai Big Stage 2020, komen itu masih diperkatakan ramai terutama netizen di media sosial.

Malah, pada konsert pertama Ahad lalu pun, suara Hanie dikatakan punyai 'vibes' seakan-akan Amy Mastura.

Menjawab komen tersebut kata Hanie dia menganggap ia sebagai perkara yang positif dan menegaskan masing-masing punyai keunikan tersendiri.

"Kak Amy Mastura seorang artis yang bagus, tak pernah ada kontroversi dan saya rasa vokal dia sangat hebat sampai pernah mewakili malaysia ke negara luar.

"Jadi, saya anggap komen itu sebagai perkara yang positif dan saya akan jadikan dia satu contoh, benchmark selain Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya ada suara saya sendiri dan kak Amy pun ada suaranya tersendiri," katanya kepada Gempak.

Sementara itu, untuk konsert kedua Big Stage 2020, Hanie bakal melantunkan lagu Ku Bahagia (Melly Goeslaw).

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
#Hanie Soraya #Amy Mastura #Amy Mastura #Big Stage 2020