Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Big Stage 2020

“Tersingkir Bukan Pengakhiran” - Amir Hasan Terbuka Cuba Bidang Lakonan & Pengacaraan

Azwa Rahman 30/08/2020 | 19:53 MYT
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Amir Hasan sudah membuat persediaan apabila namanya diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir daripada konsert BS2020 malam tadi.
Menurut Amir, dia menerima keputusan dengan reda kerana telah memberikan persembahan yang sehabis baik.
“Setiap minggu saya letak diri saya bersedia untuk perkara-perkara seperti ini. Tapi dari segi persembahan, saya puji diri sendiri kerana saya ada peningkatan setiap minggu.
“Saya dah cuba sebaik mungkin dan apa yang terjadi ni saya reda.
“Sedih tu memang sedih tapi saya dah berikan yang terbaik dan semampu saya,” jelas Amir.
Amir ditemui semasa majlis sidang media konsert ketiga BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambah Amir lagi, langkahnya dalam industri seni tanahair tidak akan terhenti selagi ada rezeki.
“Selepas ni insya-Allah kalau ada rezeki saya akan keluarkan single terbaru. Pada masa yang sama jika ada tawaran untuk berlakon atau pun mengacara, saya akan teruskan.
“Penyingkiran saya di Big Stage ni bukan pengakhirannya. Akan ada lagi la muka Amir Hasan di luar sana nanti,” ujarnya lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
#Amir Hasan #Big Stage 2020 #Konsert ketiga
;