,
Big Stage 2020

“Ya, Saya Sudah Berkahwin” - Tidak Mahu Dikenali, Qody Rany Hormati Permintaan Isteri

Azwa Rahman
06/10/2020
06:53 MYT
Pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 (BS2020) Qody Rany mengakui dia sudah berkahwin dan tidak mahu menonjolkan isteri dan keluarganya di laman sosial.
Menurut pemilik nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, dia memilih untuk menghormati permintaan isterinya yang tidak mahu dikenali ramai.
“Ya betul saya kini bergelar seorang suami tetapi untuk melibatkan atau menonjolkan dia, isteri saya sendiri tidak mahu dan saya menghormati permintaan dia.
“Dia ada beritahu kalau boleh nak jadi macam isteri Datuk Rosyam Noor, yang sentiasa memberikan sokongan pada suami secara belakang tabir. Yang bekerja adalah saya jadi biar saya seorang sahaja yang dikenali.
“Bukan sahaja isteri, malah keluarga pun saya jarang pamerkan di laman sosial sebab saya tak mahu apa benda yang saya tersalah buat, tempias tu terkena pada keluarga saya,” jelas Qody Kepada Gempak.
Qody ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambah Qody lagi, dia tidak risau jika statusnya sebagai suami membuatkan dia hilang populariti daripada para peminat sebaliknya menggangap perkara itu sebagai pembuka rezeki.
“Minda masyarakat kita dah terbuka sebenarnya. Tidak semestinya kita berkahwin atau sudah berpunya, orang tak boleh meminati kita. Yang kita jual adalah bakat dan bukannya kisah peribadi.
“Saya terima banyak mesej-mesej wanita di Instagram tetapi semuanya saya layan sebagai peminat.
“Kalau ada mesej yang lebih-lebih sangat pun, saya akan tunjuk pada isteri.
“Saya dapat berada di Big Stage 2020 ni pun menumpang rezeki isteri sebab saya memang tunggu peluang masuk pertandingan ni dah lama dan baru tahun ni dapat,” katanya lagi.
Qody mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mohd Fuad pada 5 Mac yang lalu di Pulau Langkawi, Kedah.
Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara.
Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Gandingan Qody Rany & SAYA, Buat Lagu Raya Khas Untuk Orang Kedah Balik Kampung

gempak
14/04/2022
18:37 MYT
Mood balik kampung sudah mari!
Big Stage 2020

Tegar Septian, Aisha Retno Antara Peserta Yang Bakal Menggegarkan Big Stage 2022

gempak
19/01/2022
09:12 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

Dinie Rashid Janggal Tanpa Khai – “Dia Rakan Duo Saya, Selama Ni Atas Pentas…”

gempak
22/03/2021
07:45 MYT
Tapi betul ke Dinie dan Khai bergaduh?
Laman Utama

Setelah Bertemu ‘Erra Fazira’ Nikah, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Terserempak ‘Detektif Lim’ Tamat Zaman Bujang

gempak
17/02/2021
13:15 MYT
Tahniah Detektif Lim dah naik pangkat!
Laman Utama

Dilabel Sebagai Pelacur Yang Berkahwin Dengan Doktor, Alicia Amin Tak Terasa - “Ada Jodoh, Biarlah”

gempak
15/02/2021
05:20 MYT
Jangan bersikap prejudis dengan wanita.