Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE3: Rina Nose & Aeril Zafrel Berbalas Pick Up Line, Tok Ram Punya Nasihat Paling Padu: “Jangan Sondol Sondol!”

Maliah Surip
05/06/2023 04:50 MYT
Pentas Big Stage minggu kelima yang berlangsung malam tadi menjadi lebih heboh dengan kehadiran juri jemputan, meastro Datuk Ramli MS.

Hal itu lantaran sikap santai di sebalik ketegasan dan profesionalisme Ramli dalam memberi komen dan nasihat berguna kepada kesemua peserta yang bertanding.

Salah satu ‘babak’ yang membuat seluruh MBSA gegak gempita apabila beliau menjawab pertanyaan nakal daripada Elly Mazlein selepas melihat rakan hosnya, Rina Nose berbalas pick up line dengan penaja Big Stage, Aeril Zafrel.

Rina dan suami Wawa Zainal itu sebelumnya berbalas pick up line sehingga menyentuh tentang perumpamaan payung emas.

Elly kemudian mengambil kesempatan untuk bertanya jika Ramli yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Datin Alyah jika beliau mempunyai pick up line untuk diberi.

Dengan spontan, Ramli menjawab: “Jangan sondol-sondol”.

Jawapan atau pick up line yang diberikan Ramli membuat seisi dewan bersorak dan ketawa kerana penggunaan perkataan sondol cukup sinonim digunakan dengan orang ketiga dalam rumah tangga.

Ramli ditemani dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul bersama Presiden Netizen, Amir Ahnaf.

BACA: #BIGSTAGE5: Coex Markah Tercorot, Farhah Shah Dah 3 Kali Bottom Three! Mujurlah Tiada Penyingkiran!

Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

#Elly Mazlein #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Ramli MS #Pick up line #Rina Nose #Sondol #Payung Emas