#BIGSTAGE5: Dres Pun Ala-Ala Sama! Aufahanie Bukan Nak Copycat Aina Abdul - "Mungkin Ia Kebetulan..."
Amri Hassan
08/05/2023 08:55 MYT
08/05/2023 08:55 MYT
Bintang Big Stage 5, Aufahanie menafikan dakwaan segelintir pihak dia cuba meniru penampilan penyanyi yang juga juri tetap rancangan terbabit, Aina Abdul.
Jelas Aufahanie, 20, penampilannya pada konsert minggu pertama disesuaikan dengan lagu dan konsep persembahan yang bersifat 'stand alone'.
"Minggu pertama ini saya tampil tanpa sebarang props, saya nak stand alone.
"Disebabkan pentas kosong dan pada masa sama perlukan markah untuk kreativiti juga, saya perlu letak usaha lebih sikit pada penampilan.
"Tiada istilah nak tiru Aina. Mungkin kebetulan," katanya kepada Gempak.
Aufahanie tidak dapat menafikan perasaan gemuruhnya apabila melihat idolanya memakai dres berwarna sama ketika di pentas rancangan realiti itu malam tadi.
"Masa keluar pentas nampak Aina pun berbaju merah juga, dalam hati alamak. Tapi tak apa, 'team red'!" jelasnya lagi.
Bagaimanapun, Aufahanie melihat persamaan konsep itu sebagai satu inspirasi dan sisi positif untuk mengecap sukses sepertimana Aina.
"Andai kata kalau ada orang nampak saya boleh jadi Aina in future, saya bersyukur. Maksudnya orang nampak sisi positif dan kualiti yang ada pada saya," ulas Aufahanie lagi.
Pada konsert pertama, Aufahanie mempersembahkan lagu Geming Jiwa miliknya sendiri dengan menyarung dres merah yang sarat perincian ruffles pleated pada badan dan tudung.
Sekali imbas, sepertimana kata netizen mirip penyanyi Aina Abdul yang sinonim dengan imej eksentrik dan avant garde.
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.