#BIGSTAGE5: Giliran Nadeera Dapat 100%, Aina Abdul; "Saya Faham Betapa Bermaknanya Lagu Itu ..."
Amri Hassan
19/06/2023 01:55 MYT
19/06/2023 01:55 MYT
Juri tetap Big Stage 5, Aina Abdul menyifatkan Nadeera layak untuk mendapat markah penuh 100% untuk persembahan luar biasanya menyampaikan lagu Kembali Terang (Marsha Milan) pada konsert ketujuh malam tadi.
Jelas Aina, selaku individu yang pernah rapat sebelum ini, lirik lagu tersebut memberikan maksud mendalam kepada Nadeera hingga mampu menyampaikan persembahan yang sempurna.
"Saya tersentuh dengan persembahan Nadeera kali ini, dia maksudkan setiap bait perkataan dalam nyanyiannya.
"Malah, tajuk lagu itu sendiri pun, Kembali Terang, mungkin kerana dia pernah menjadi rakan serumah dan kawan saya, jadi saya faham betapa bermaknanya lagu itu buatnya.
"Hari ini dia sudah buktikan kepada semua orang," katanya kepada Gempak.
Bagi Ajai pula, tidak salah untuk Aina memberikan markah penuh kepada peserta yang bertanding di Big Stage 5 kali ini.
"Tiada masalah untuk Aina memberikan markah 100%, dia layak untuk memutuskannya berdasarkan nyanyian dan kariernya.
"Masing-masing ada prinsip, kalau saya atas 95% tu dah sedap dah. Jadi jangan risau kalau saya tak bagi 100% bukan kamu tak bagus tapi kalau saya bagi kurang 50% itu yang perlu dirisaukan," ujarnya.
Nadeera beroleh markah penuh 100% dari Aina dan 96% dari Ajai menerusi nyanyiannya sempena minggu Selebriti Memilih. Lagu terbabit merupakan pilihan Datuk Syafinaz Selamat untuk Nadeera.
Malam tadi juga menyaksikan kumpulan COEX menjadi peserta kelima yang tersingkir dari pentas Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Misha Omar.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).