Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE5: "Manusia Buat Undang-Undang, Allah Menentukan" - Puteri Khareeza Terselamat, Juri Putuskan Tiada Penyingkiran!

Amri Hassan
25/06/2023 15:54 MYT
Penyanyi Puteri Khareeza menghela nafas lega apabila diselamatkan daripada tersingkir pada konsert suku akhir Big Stage 5 yang berlangsung malam tadi.

Puteri Khareeza yang sepatutnya menjadi peserta kelima tersingkir bagaimanapun terselamat apabila juri Ajai dan Aina Abdul meminta pihak produksi untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta pada kali ini berdasarkan pencapaian dan progres yang membanggakan.

"Kami takkan gunakan Imuniti X sebab kami rasa ketiga-tiga, dua daripada mereka iaitu Firdaus dan Puteri Khareeza menunjukkan pencapaian naik. Hoondoo hari ini mungkin bukan hari kami tapi kami tak boleh membuang mereka juga kerana setiap minggu Hoondoo ranking. Kadang-kadang ada gangguan daripada pemikiran mereka yang kita tak tahu.

"Mungkin daripada undian orang luar, ada suka atau tak suka tapi kita nak tolak 'itu barang'. Kalau boleh, kami tak nak sesiapa pun keluar, kami harap pihak produksi bagilah peluang. Kami pergi kepada pencapaian dan kekuatan masing-masing.

"Ingat satu, manusia buat undang-undang, Allah yang menentukan," kata Ajai.

Sejurus selepas rayuan Ajai, pintu kapsul penyingkiran yang tertera nama Puteri Khareeza tertutup, menjadi bukti rasmi bahawa tiadanya penyingkiran.

Minggu suku akhir menyaksikan Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat dan Hoondoo berada di kedudukan tiga terbawah.

Semak markah penuh setiap peserta di sini:

1. Nadeera Zaini: 95%
2. Putera Muhammad: 90%
3. Waode: 87.33%
4. Aufahanie: 83.67%
5. Dem Lepak Boyz: 80.67%
6. Firdaus Rahmat: 76.33%
7. Puteri Khareeza: 76%
8. Hoondoo: 58.67%
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Ajai #Tersingkir #Markah #Aina Abdul #Big Stage 2023 #Big Stage 5 #Firdaus Rahmat #Hoondoo #Puteri Khareeza