Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: Netizen Dakwa Markah 92 Dari Aina 'Something Fishy', Nadeera Zaini; "Di Luar Kami Berkawan, Tapi Dalam Ni Dia Juri"

gempak
Amri Hassan
12/06/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Netizen Dakwa Markah 92 Dari Aina 'Something Fishy', Nadeera Zaini; "Di Luar Kami Berkawan, Tapi Dalam Ni Dia Juri"
Bintang Big Stage 5, Nadeera Zaini sedih apabila ada segelintir warganet yang mempertikaikan pemberian markah sebanyak 92% oleh juri tetap Aina Abdul terhadap persembahan luar biasanya malam tadi.
Jelas Nadeera, biarpun punyai pertalian rapat dengan Aina sebelum ini, secara profesionalnya pemarkahan yang diterimanya ketika pertandingan bersifat adil dan saksama.
"Saya ada terbaca mengenai komen yang mempertikai mengapa juri Big Stage, Aina Abdul hanya beri saya 92 markah malam tadi. Sejujurnya, saya sedih baca komen sebegitu.
"Ya, di luar mungkin kami berkawan, dia memang bekas housemate saya sebelum ini, tetapi dalam pertandingan ini, dia adalah juri, bukan kawan saya, bukan housemate saya.
"Saya faham tugas dia sebagai juri dan sangat menghormati Aina. Bukan sahaja Aina, setiap pemarkahan yang diberikan olehnya bersama Abang Ajai dan juri jemputan saya ambil maklum dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk memberikan terbaik di persembahan akan datang," katanya.
Kecoh di media sosial terutamanya Twitter bilamana ada yang mengecam tindakan Aina memberikan markah 92% berbanding Waode yang peroleh 100%.
"Kejilah Aina ni over bagi Nadeera 92 je, Aina mula dalam industri muzik lagi h*uk suaranya dari Nadeera. Peserta lain dia bagi markah penuh tapi Nadeera sikit je. Makin lama makin meluat," tulis seorang pengguna di Twitter.
"Nadeera deserved better actually. Those 92 from Aina macam something fishy but yaaa after all dia judges kan.
"Waode 100? Nadeera 92? That's not fair. Waode so so tak sedap malam ni," tambah beberapa komen lain.
Dalam pada itu, Nadeera turut menerima segala kritikan terhadapnya menyanyikan lagu Hati Kama yang pernah dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
"Syukur Alhamdulillah, saya selesai menjalankan tugas menyampaikan lagu idola Nad, Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris, Hati Kama.
"Minggu sebelum ni pun saya bawakan lagu biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza, Engkau Bagaikan Permata.
"Saya sendiri ada rasa takut sekiranya saya terlalu terikut cara penyanyi asal bawa lagu ini tapi Alhamdulillah, setakat ni saya terima input yang positif.
"Ada juga sedikit kritikan dan kecaman yang saya terima, tapi saya mahu memandang positif dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki kelemahan diri.
"Jadi, saya mohon sokongan semua agar Nad berjaya memberi persembahan terbaik, terus menghiburkan anda & @thenadees_official di minggu akan datang," ujarnya.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live