Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE5: Tak Dengar Nasihat Juri Punca Tersingkir? Ini Komen COEX!

Amri Hassan
21/06/2023 01:50 MYT
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.

Meskipun sedih kerana harus meninggalkan pentas itu, Coex yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Eyqa Shahidan, Dalini, Elysya Khan, dan Amylia Loh sangat bangga dengan pencapaian mereka di dalam program hiburan tersebut.

Mereka sebagai satu kumpulan sebulat suara menyatakan bahawa sebelum menyertai Big Stage mereka tidak mahu menjangkakan apa-apa sepanjang pertandingan ini berlangsung sebaliknya mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mereka belajar dan bereksperimentasi.

“Kami tidak pernah menjangkakan apa-apa sepanjang pertandingan ini, kami hanya mahu tonjolkan bakat kami.

“Lagipun kami sememangnya baharu lagi dalam industri, tak ada lagu pun lagi, jadi kami ambil peluang menyertai Big Stage ini untuk ‘grow’ dan banyak yang kami belajar semasa di Big Stage, walaupun tersingkir kami anggap ia sebagai satu permulaan buat kami berlima,” kata mereka sebulat suara.

Coex juga menafikan bahawa mereka tidak mendengar nasihat atau komen yang disampaikan oleh juri sepanjang mereka bertanding.

Sebaliknya, mereka berlima cuba suai padankan nasihat atau komen daripada juri dengan kekuatan yang mereka ada bagi mencantikkan lagi persembahan mereka di pentas itu.

"Kami masih lagi belajar dan pada masa sama mengambil input daripada juri, ia merupakan satu proses pembelajaran. Mungkin kami akan memanfaatkan apabila di luar nanti, mengambil komen netizen dan nasihat juri untuk buat lebih baik.

"Setiap minggu kami akan ambil kekuatan sesama sendiri dan nasihat juri, untuk membuat persembahan kami lebih baik," ujar mereka.

Pada masa sama, Coex juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan lagu pertama mereka tidak lama lagi.

Tidak mahu berkongsi terlalu banyak informasi Coex minta agar peminat mereka nantikan debut pertama mereka.

“Kami dah siapkan sebuah lagu, MV pun dah siap record, jadi nantikan lagu kami yang akan keluar tidak lama lagi,” kata Coex.

Coex menjadi peserta kelima yang harus meninggalkan pentas Big Stage selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahan Cupid untuk minggu ketujuh yang bertemakan “Selebriti Memilih”.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Misha Omar.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
#Ajai #Tersingkir #Juri #Markah #Aina Abdul #Big Stage 5 #COEX