Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Halalkan..." - Wawa Zainal

Amri Hassan
18/05/2023 03:46 MYT
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal masih terkesan dan geram dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menciplak produk keluarannya, Sunscreen Wawa Cosmetics.



Tegas Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dia menyedari perkara selepas mendapat aduan daripada 're seller' dan pengguna.

"Sampai sekarang saya masih geram! Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics."

"Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.

"Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.

"Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang," katanya.

Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.

"Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua 're-seller' dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.

"Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi," katanya.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Bintang yang bersaing dalam Big Stage 5 adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Manakala bintang luar negara pula adalah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
#Viral #Wawa Zainal #Ciplak #Wawa Cosmetics #Big Stage 2023 #Big Stage 5
;