Sekilas
- Daniel Chuer beri semangat kepada peserta uji bakat Big Stage 2026 dengan berkongsi pengalaman positifnya sebagai alumni musim ke-4.
- Dia nasihatkan peserta supaya jangan salah pilih lagu dan key, serta penting untuk jadi diri sendiri dan nikmati proses itu.
- Daniel pernah meraih gelaran Naib Juara Big Stage, manakala Elica Paujin juara dan Aisha Retno tempat ketiga.
Penyanyi, Daniel Chuer menitipkan kata-kata semangat buat individu yang bakal menyertai uji bakat Big Stage 2026.
Menerusi satu hantaran di Threads, Daniel mengakui program tersebut telah membuka banyak peluang dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
“Semoga berjaya kepada semua yang akan menghadiri uji bakat Big Stage 2026! Program ini telah membuka banyak pintu dan peluang untuk saya, dan saya sangat bersyukur dengannya,” tulisnya.
Dalam masa sama, Daniel turut berkongsi beberapa tip penting buat para peserta, khususnya dalam aspek pemilihan lagu.
“Tips? Jangan salah pilih lagu dan key, okay? Tapi yang paling penting, jadi diri sendiri dan nikmati pengalaman itu,” ujarnya.
Sekadar info, Daniel Chuer merupakan alumni Big Stage musim ke-4.
Daniel Chuer meraih gelaran Naib Juara, manakala Elica Paujin merangkul gelaran juara dan Aisha Retno di tempat ketiga.
Sumber: Threads