Sekilas
- Rieffa, peserta Big Stage Rocketfuel, mengakui mengalami masalah anxiety dan panic attack selepas hampir pitam sebaik selesai membuat persembahan di pentas besar pertama kali.
- Dia mengawal keadaan dengan teknik pernafasan dan mendapat bantuan petugas perubatan di belakang pentas untuk menenangkan diri.
- Rieffa juga menafikan gangguan mistik walaupun kadang-kadang merasakan kehadiran sesuatu, dan pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat panic attack ketika menghadapi SPM.
Hampir pitam selepas buat persembahan, Bintang Big Stage Rocketfuel, Rieffa mengakui dirinya mempunyai masalah anxiety.
Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah berkata bahawa insiden tersebut kemungkinan terjadi kerana dirinya terlalu gemuruh dan pertama kali membuat persembahan di atas pentas yang besar.
“Saya memang ada masalah anxiety. Kebiasaannya, selepas saya habis buat persembahan, saya akan berada lega tetapi panic attack itu akan datang. Hampir juga pitam tadi tetapi alhamdulillah saya tak pengsan.
“Mungkin sebab ini kali pertama saya dalam industri dan buat persembahan di atas pentas sebesar ini. Saya pun memang dari dulu ada penyakit ini. Dulu tak teruk sangat, sekarang macam dah 50-50," katanya kepada Gempak.
Rieffa berkata demikian ketika selesai membuat persembahan di program Big Stage Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Ketika ditanya bagaimana dirinya mengatasi masalah tersebut, Rieffa berkata bahawa dia akan mengawal penafasannya sehingga dirinya bertenang.
“Cara saya kurangkan ialah saya akan tarik nafas banyak kali sampai saya rasa tenang. Mungkin sebab ramai sangat orang kat belakang pentas. Jadi, sukar saya nak bernafas. Nasib baik ada medic dan ada orang membantu," ujarnya.
Dalam masa sama, Rieffa menafikan dirinya mengalami gangguan mistik dan tidak mahu terlalu mengambil peduli soal perkara berkenaan.
“Tiadala sangat gangguan cuma adalah nampak-nampak benda tu. Saya tak nampak sepenuhnya tetapi boleh rasa kehadiran benda itu. Tetapi saya saya tak peduli sangat. Keluarga saya pun suruh saya banyakkan berdoa dan berselawat," jelasnya.
Sementara itu, Rieffa turut mengimbau kembali dirinya pernah dimasuki ke hospital akibat diserang panic attack kerana terlalu merisaukan mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lepas.
“Sebelum ini saya memang pernah masuk hospital akibat terlalu stress menghadapi SPM. Saya terlalu fokus sangat sampai rasa nak pengsan. Tahu-tahu sahaja saya dah sedar di hospital. Alhamdulillah, keputusan saya baik-baik sahaja. Saya harap anxiety saya makin berkurang," kongsinya.
Big Stage Rocketfuel: Hampir Pitam Selepas Persembahan, Rieffa Akui Hidap Anxiety & Panic Attack - "Saya Boleh Rasa Kehadiran 'Benda' Itu"
Bintang Big Stage Rocketfuel, Rieffa mengakui dirinya berdepan masalah anxiety dan panic attack selepas hampir pitam sebaik selesai membuat persembahan.
Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah berkata, insiden tersebut berkemungkinan berlaku kerana dirinya terlalu gemuruh memandangkan itu merupakan pengalaman pertamanya membuat persembahan di pentas berskala besar.
“Saya memang ada masalah anxiety. Kebiasaannya, selepas habis buat persembahan saya akan rasa lega, tetapi panic attack itu akan datang. Hampir juga pitam tadi, tapi alhamdulillah saya tak pengsan.
“Mungkin sebab ini kali pertama saya dalam industri dan buat persembahan di atas pentas sebesar ini. Saya memang dah lama ada masalah ini. Dulu tak teruk sangat, sekarang macam dah 50-50,” katanya kepada Gempak.
Rieffa berkata demikian selepas selesai membuat persembahan pada program Big Stage Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Mengulas mengenai cara mengawal keadaan tersebut, Rieffa berkata dia akan memberi tumpuan kepada pernafasan sehingga dirinya kembali tenang.
“Cara saya kurangkan ialah saya akan tarik nafas banyak kali sampai saya rasa tenang. Mungkin sebab ramai sangat orang di belakang pentas, jadi sukar saya nak bernafas. Nasib baik ada petugas perubatan dan orang yang membantu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rieffa turut menafikan dirinya mengalami gangguan mistik meskipun mengakui kadang-kala dapat merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan.
“Tiada sangat gangguan, cuma kadang-kadang saya rasa macam nampak benda itu. Saya tak nampak sepenuhnya, tapi boleh rasa kehadiran benda itu. Saya tak ambil peduli sangat. Keluarga pun selalu pesan supaya saya banyak berdoa dan berselawat,” jelasnya.
Sementara itu, Rieffa turut mengimbau pengalaman dimasukkan ke hospital tahun lalu selepas diserang panic attack akibat terlalu tertekan ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebelum ini saya memang pernah masuk hospital sebab terlalu stres menghadapi SPM. Saya terlalu fokus sampai rasa nak pengsan. Tahu-tahu sahaja saya dah sedar di hospital. Alhamdulillah keputusan saya baik. Saya harap anxiety saya akan semakin berkurang,” kongsinya.