Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Big Stage 2019: "Makin Lama Prestasi Santesh Makin Menurun" - Judika

Zulaikha Yusof
23/09/2019 04:32 MYT
Penyanyi Judika tampil menjelaskan mengenai keputusannya untuk menggunakan imuniti kepada penyanyi Indonesia, Dinda Permata di konsert keenam Big Stage 2019 yang berlangsung malam tadi.

Jelas Judika, dia menginginkan peserta yang mempunyai peningkatan setiap minggu dalam membuat persembahan.

"Sewaktu Dinda diselamatkan buat kali pertama, bukan saya yang menjadi juri tetap ketika itu.

"Saya fikir kita harus lihat pertandingan ini dari awal sampai ke penghujungnya.

"Apa yang saya nampak mengenai Santesh, di awal pertandingan dia seorang yang sangat bagus.

"Tetapi makin lama prestasinya makin menurun berbanding peserta yang lain.

"Jadi itu adalah salah satu pertimbangan untuk saya menyelamatkan Dinda kali ini.

"Semestinya saya akan memilih yang terbaik selain menunjukkan peningkatan setiap minggu," katanya kepada Gempak.

Judika ditemu bual selepas tamatnya konsert keenam Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.

Pelantun lagu Setengah Mati Merindu itu juga mendedahkan, pada mulanya dia tidak ingin menggunakan imuniti yang dikongsi bersama Cakra Khan.

"Pada awalnya, saya tidak ingin menggunakan imuniti pada malam ini kerana mengikut naluri saya, bukan Dinda yang akan tersingkir.

"Dalam pemikiran saya hanya ada nama Santesh dan Fieya. Tetapi, ini adalah minggu terakhir sebelum kesemua peserta melangkah ke separuh akhir," tambahnya lagi.

Di konsert terbabit, lapan peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan berentap di pentas Big Stage 2019.

Santesh telah diumumkan tersingkir untuk minggu keenam.

Walaubagaimanapun, juri tetap Judika mengambil keputusan menggunakan imunitinya, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.

Tujuh peserta melangkah ke minggu ketujuh (separuh akhir) dan bakal menampilkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.

Dayang Nurfaizah diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.




Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Judika #Big Stage 2019