Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Big Stage 2019: Santesh VIVO BBNU Of The Week Konsert Kedua!

Syafiqah Jalal
02/09/2019 00:22 MYT
Penyanyi Santesh peserta program realiti Big Stage 2019 dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu kedua.

Pemenang VIVO BBNU Of The Week dari konsert kedua itu diumumkan di konsert ketiga program realiti Big Stage 2019 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Santesh telah menerima plak penghargaan dari VIVO ketika selesai persembahan terakhir di minggu kedua.

VIVO BBNU Of The Week dipilih selepas menerima undian tertinggi sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik pada minggu itu.

VIVO BBNU Of The Week boleh diundi menerusi bigstage.gempak.com dan undian dibuka selama seminggu bermula pada penghujung konsert minggu lalu sehingga hari Ahad jam 6 petang.

Minggu lalu menyaksikan 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei berentap di pentas pembukaan Big Stage 2019.

Pada minggu ini, komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.



Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Big Stage #Big Stage 2019 #VIVO BBNU Of The Week #Santesj