Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"On Live Show Banyak Gila Yang Berlaku Backstage Compared To What You See On Stage .." - Alif Satar

Zulaikha Yusof
17/09/2019 05:42 MYT
Pengacara, pelakon dan penyanyi Alif Satar telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan Alif menggayakan sepasang suit berwarna merah jambu semasa mengacarakan program Big Stage 2019 pada Ahad lalu.

"Pink is like love at first sight.. Pink is like red but not quite," tulisnya sebagai kapsyen.

pink is like love at first sight.. pink is like red but not quite..

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Mengikut pemerhatian Gempak, terdapat seorang netizen yang bernama Danny menyuarakan pendapat tentang program yang dikendalikan Alif di ruangan komennya.

"Bro, kalau Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra ada pendapat berbeza, why not just take 1 minute minta pandangan Yusry.

"Just my 2 cents opinion @cakra.khan @ctdk @sherry_alhadad," tulisnya.

Isu itu timbul selepas juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan memberi komen yang berbeza terhadap penyanyi Fieya Julia selepas selesai persembahannya.

BACA: Big Stage 2019: Syada & Chaleeda Tersingkir.. Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-5!

Alif tidak berdiam diri malah menerima pendapat yang disuarakan itu dengan tenang.

"Ya bro, we'd love to have everyone's opinions but on live show banyak gila yang berlaku backstage compared to what you see on stage, dalam earpiece hosts, kecoh dia kitorang saja yang tahu dan kita takda terlalu banyak masa," kata Alif.


Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.

Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam.

Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga 'Battle Round'.

Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Alif Satar #Big Stage 2019